• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bot Pam Meletup, 2 Nelayan Dikhuatiri Hilang

oleh Mohd Arshad
12/01/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEMPORNA: Sekurang-kurangnya dua nelayan dikhuatiri hilang selepas bot pam dinaiki mereka dilaporkan meletup di kawasan perairan Pulau Tatagan, dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Semporna, Superintendan Mohd Farhan Lee Abdullah, berkata setakat ini maklumat atau identiti mangsa belum dikenal pasti dan pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut.

Katanya, polis menerima laporan dibuat pegawai Pemulihan Marin Semporna (WWF) yang memaklumkan kejadian letupan membabitkan sebuah bot pam di kawasan perairan Pulau Tatagan pada jam 6.08 petang Selasa.

“Bertindak atas maklumat itu, sepasukan pegawai dan anggota IPD Semporna bergerak ke lokasi kejadian sebelum operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan di kawasan dalam radius dua batu nautika di tempat kejadian.

“Seorang saksi warga tempatan yang sedang memukat ikan mengatakan terdengar dan ternampak satu letupan kuat di sebuah bot pam dalam jarak lebih kurang 200 meter,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Mohd Farhan berkata, setakat ini belum ada sebarang penemuan dilaporkan termasuk serpihan bot pam berkenaan dan operasi SAR oleh pelbagai agensi, termasuk Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Pasukan Polis Marin, Pasukan Gerakan Am dan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Atas Air, kini giat dijalankan.

“Polis meminta mana-mana individu kehilangan ahli keluarga tampil membuat laporan di mana-mana balai terdekat. Saksi kejadian juga dimohon tampil memberi maklumat atau boleh menghubungi Inspektor Muhammad Nur Faez Hazreeq Abdullah di talian 019-8139851 atau 0809782020 bagi membantu siasatan,” katanya.

BHonline-

Tags: Bot PamNelayanSARWWF
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Demam Babi Afrika Landa Indonesia

Next Post

Penganggur Didakwa Bunuh Dua Beradik Dalam Insiden Kebakaran Di Rumah

Related Posts

‘Terima Kasih Semua Anggota SAR’ – Ketua Polis Dang Wangi

‘Terima Kasih Semua Anggota SAR’ – Ketua Polis Dang Wangi

31/08/2024
0

KUALA LUMPUR : Selepas hampir sembilan hari, operasi mencari dan menyelamat (SAR) wanita warga India yang hilang dalam tanah jerlus...

SAR Mangsa Tanah Jerlus Diteruskan, Fokus Rungkai Backlog

SAR Mangsa Tanah Jerlus Diteruskan, Fokus Rungkai Backlog

30/08/2024
0

Kuala Lumpur : Operasi mencari dan menyelamat (SAR) wanita warga India yang hilang dalam insiden tanah jerlus di Jalan Masjid...

Next Post

Penganggur Didakwa Bunuh Dua Beradik Dalam Insiden Kebakaran Di Rumah

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd