• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bank Ada Kemampuan Lanjutkan Moratorium

oleh Mohd Arshad
29/01/2022
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Institusi perbankan wajar melanjutkan moratorium yang tamat pada 31 Januari ini, malah mereka mempunyai kemampuan kewangan untuk berbuat demikian kerana masih meraih keuntungan besar ketika pandemik COVID-19.

Sebagai alternatif kepada moratorium, industri perbankan juga boleh mempertimbangkan penghapusan faedah ke atas pinjaman untuk tempoh tertentu, jika bukan sepenuhnya, sebagai program tanggungjawab sosial korporat (CSR).

Naib Pengerusi Gerakan Keadilan Monetari Malaysia (MMJ), Profesor Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff, berkata kemampuan bank untuk melanjutkan moratorium secara berfokus dapat dilihat pada keuntungan sebelum cukai sembilan bank tersenarai di Bursa Malaysia pada 2020 iaitu kira-kira RM26 bilion.

Beliau berkata, ketika dibelenggu pandemik, bank-bank berkenaan masih meraih keuntungan walaupun menurun berbanding 2018 dan 2019 yang mencatatkan keuntungan sebelum cukai kira-kira RM35 bilion.

Bagaimanapun, tegasnya, jika bank bersedia melanjutkan moratorium, ia perlulah dibuat tanpa faedah terakru.

“Bank masih mampu (lanjutkan moratorium), kalau kita tengok pada 2020, untung sebelum cukai sembilan bank tempatan yang tersenarai di Bursa Malaysia masih tinggi, sekitar RM26 bilion

“Sebelum pandemik pada 2018 dan 2019, keuntungan mereka sekitar RM35 bilion. Memang tak rugi walaupun keuntungan jatuh sedikit.

“Keuntungan itu masih tinggi, malah ada kakitangan segmen tertentu yang diberikan bonus tujuh bulan gaji pada 2020. Ini menunjukkan bank masih mampu beri moratorium,” katanya kepada BH, hari ini.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz ketika sesi Mesyuarat Khas Dewan Rakyat, 20 Januari lalu berkata, kementeriannya akan mengemukakan cadangan kepada institusi perbankan mengenai pelanjutan tempoh moratorium yang dijadual berakhir hujung bulan ini.

Mengulas lanjut, Ahmed Razman, berkata sekiranya bank risau dengan isu kecairan sekiranya moratorium dilanjutkan, alternatif terbaik ialah menghapuskan faedah terhadap peminjam yang benar-benar terjejas.

Beliau berkata, ia juga sebagai bentuk CSR kerana pemerhatian mendapati institusi perbankan adalah pihak yang tidak pernah membantu rakyat secara langsung sepanjang pandemik COVID-19.

Katanya, ia berbeza dengan kerajaan, pihak swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) malah orang perseorangan yang memberikan bantuan kepada rakyat yang terjejas.

“Satu-satunya industri yang tak pernah beri duit sesen pun kepada rakyat (ketika pandemik) ialah institusi bank. Mereka cuma beri moratorium iaitu penangguhan bayaran balik, itupun ada yang dikenakan faedah terakru.

“Setiap tahun bank mesti ada CSR dan 2020 baru bermula, apa salahnya laksana CSR dengan hapuskan faedah pinjaman bagi mereka yang betul-betul terdesak, mereka boleh bayar pinjaman pokok tetapi faedah hapuskan.

“Seeloknya hapuskan sepenuhnya faedah, tetapi jika tak boleh, kecualikan faedah untuk tempoh tertentu seperti beberapa bulan atau tahun,” katanya.

Sementara itu, Ahmed Razman turut berharap institusi perbankan Islam merebut peluang untuk menghapuskan faedah kepada peminjam yang terjejas teruk akibat pandemik.

Katanya, ia bagi menunjukkan keprihatinan institusi perbankan Islam, sekali gus menepati maqasid syariah.

“Saya betul-betul berharap yang dapat lakukan ini ialah perbankan Islam kerana ini peluang untuk mereka menunjukkan perbezaan dengan bank konvensional yang menjadi nilai tambah mereka.

“Jika itu dilakukan, pastinya perbankan Islam pasti jadi pilihan pengguna kerana mereka membuktikan keprihatinan ketika ‘bencana’,” katanya.

-Berita Harian

Tags: Bankmoratorium
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

SPR Kena Sediakan Undi Pos di Singapura

Next Post

Hilang Kawalan, Treler Rempuh 8 Kenderaan Di Lebuhraya Karak

Related Posts

MPV ‘Meluncur Masuk’ Dalam Bank

MPV ‘Meluncur Masuk’ Dalam Bank

12/04/2025
3

Tanjong Karang: Pelanggan sebuah bank di pekan Tanjong Karang gempar apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) 'meluncur masuk' ke dalam premis...

Tiga Bank Setuju Beri Moratorium Kepada Mangsa Banjir – PM

Tiga Bank Setuju Beri Moratorium Kepada Mangsa Banjir – PM

07/03/2023
0

Kuala Lumpur : Tiga buah bank bersetuju untuk memberikan moratorium sehingga enam bulan kepada mangsa banjir di Johor. Ikuti Mynewshub: Telegram...

Next Post

Hilang Kawalan, Treler Rempuh 8 Kenderaan Di Lebuhraya Karak

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd