• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Banjir Di Negeri Sembilan Pulih Sepenuhnya

oleh AK-47
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Seremban : Banjir yang melanda di tujuh daerah di Negeri Sembilan kini pulih sepenuhnya dan semua 44 pusat pemindahan sementara (PPS) ditutup.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, jumlah mangsa banjir di negeri ini yang dipindahkan ke PPS ialah seramai 3,627 orang daripada 957 keluarga.

“Alhamdulillah, banjir di Negeri Sembilan sudah pulih sepenuhnya dan semua 44 PPS yang dibuka di tujuh daerah iaitu Jempol, Jelebu, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau, Seremban dan Tampin, sejak 18 Disember lalu sudah ditutup.

“PPS terakhir yang ditutup ialah Dewan Orang Ramai Kampung Puom, Jelebu. PPS yang mencatatkan jumlah mangsa banjir paling ramai ialah PPS Sekolah Kebangsaan Felda Sungai Kelamah, Tampin yang merekodkan seramai 872 orang daripada 232 keluarga,” katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata, setakat ini kerajaan negeri menyalurkan bantuan banjir sebanyak RM1,000 kepada 4,149 ketua isi rumah (KIR) yang terjejas.

Katanya, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan Penyelaras DUN serta Pengerusi Majlis Permuafakatan Komuniti Kampung (MPKK) dan agensi terbabit sedang giat mengenal pasti mana-mana KIR yang dikhuatiri tercicir daripada menerima bantuan itu.

“Kita (kerajaan negeri) tidak mahu ada kalangan KIR yang menjadi mangsa banjir tercicir daripada menerima bantuan disediakan,” katanya.

Aminuddin berkata, pihaknya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua agensi, jabatan serta individu yang terbabit sama ada secara langsung dan tidak langsung dalam membantu mangsa banjir di seluruh negeri.

“Semangat kekitaan dan kebersamaan yang ditonjolkan itu haruslah dipelihara dan dipraktikkan bukan saja dalam keadaan bencana, malahan setiap masa,” katanya.

-Harian Metro

Tags: Banjirmangsa banjirNegeri Sembilan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Fahami Adat Dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan, Bukan Bercakap Dalam Kereta Api  – Zahid

Fahami Adat Dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan, Bukan Bercakap Dalam Kereta Api – Zahid

26/09/2026
0

MELAKA - Jangan terburu-buru melabel mana-mana pihak sebagai derhaka atau biadab sebelum memahami kedudukan dan tanggungjawab setiap institusi yang terlibat...

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Adakan Kunjungan Hormat Kepada MB Negeri Sembilan

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Adakan Kunjungan Hormat Kepada MB Negeri Sembilan

26/09/2026
0

Oleh Mynewshub SEREMBAN – Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad mengadakan kunjungan hormat kepada Menteri Besar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd