• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, November 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Azam Baki Perlu Jadi ‘Gentleman’ Jika Yakin Benar – PEMBELA

oleh Mohd Arshad
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki perlu bersifat ‘gentleman’ dengan membenarkan siasatan terhadapnya dijalankan jika yakin beliau berada di pihak yang benar.

Menurut Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) Aminuddin Yahaya, beliau perlu letak jawatan atau paling kurang bercuti sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM sepanjang siasatan dijalankan terhadapnya.

“Tan Sri Azam tidak perlu bimbang terhadap siasatan oleh pihak berkuasa jika beliau berada di pihak yang benar,” katanya dalam satu kenyataan.

PEMBELA turut mendesak pihak polis dan pihak berwajib lain seperti Jawatankuasa Khas Parlimen diberikan laluan untuk melakukan siasatan secara menyeluruh dan telus terhadap kes yang melibatkan Azam Baki dan kes-kes lain melibatkan SPRM.

Tambah Aminuddin, dakwaan melibatkan Azam Baki adalah kes yang sangat serius yang membuatkan kepercayaan rakyat semakin hilang terhadap SPRM.

“Defisit kepercayaan terhadap SPRM bukannya baru berlaku, tetapi hasil dari pelbagai siri-siri skandal dalaman SPRM.

“PEMBELA tidak pernah lupa bagaimana SPRM memandang sepi laporan-laporan yang PEMBELA lakukan dalam kes pencerobohan tanah khususnya di negeri Pahang (durian Musang King Raub, dsb) walaupun pelbagai bukti yang terbongkar seperti sudah terang lagi bersuluh,” katanya lagi.

Katanya, PEMBELA tidak akan berkompromi dengan segala masalah integriti terutamanya yang melibatkan badan penguatkuasa seperti SPRM.

-Awani

Tags: Azam BakiSPRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pemimpin DAP Minta SPRM, BNM Audit Wang Sumbangan RM50 Juta Untuk Bantu Najib

Pemimpin DAP Minta SPRM, BNM Audit Wang Sumbangan RM50 Juta Untuk Bantu Najib

06/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemimpin DAP, Tony Pua meminta Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengaudit aliran...

BERSAMA Desak SPR, SPRM Siasat Dakwaan Pemberian RM200 Kepada Pengundi Paya Rumput

BERSAMA Desak SPR, SPRM Siasat Dakwaan Pemberian RM200 Kepada Pengundi Paya Rumput

30/10/2026
0

MELAKA - Parti BERSAMA menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dakwaan pemberian wang RM200...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd