Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

2 Daerah Di Terengganu...

KUALA TERENGGANU - Hujan lebat berterusan sejak awal pagi tadi di beberapa kawasan...

2 Rumah Musnah Dalam...

KUALA LUMPUR - Dua buah rumah teres dua tingkat yang didiami tujuh keluarga...

14 Kes Kematian, 212...

PUSAT Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) melaporkan empat kes kematian koronavirus...

Isu Wang Kertas RM100...

BANK Negara Malaysia (BNM) ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa terdapat laporan melibatkan...

AirAsia Kini Dikenali Capital A Berhad

KUALA LUMPUR : AirAsia Group Bhd (AAGB) secara rasmi ditukar kepada Capital A Berhad (Capital A atau Kumpulan) berkuat kuasa serta merta.

Ia selepas kejayaan pendaftaran nama tersebut di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang diumumkan pada 3 Januari lalu, dan kelulusan rasmi telah diterima semalam.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tan Sri Tony Fernandes pertukaran nama kepada Capital A tidak akan mempunyai sebarang kesan ke atas operasi syarikat.

Jelas beliau lagi, pertukaran nama tersebut mencerminkan strategi perniagaan teras baharu bagi Kumpulan itu sebagai sebuah syarikat pegangan pelaburan dengan portfolio perniagaan perjalanan dan gaya hidup, yang telah pantas mengubah jenama AirAsia menjadi lebih daripada sekadar sebuah syarikat penerbangan.

“Kami bukan sekadar memperkenalkan logo baharu kerana hari ini merupakan satu peristiwa penting yang menandakan era baharu bagi Kumpulan kami,” katanya.

Fernandes berkata demikian pada majlis pengumuman pertukaran nama syarikat penerbangan itu di ibu negara pada Jumaat.


Beliau menambah, melalui nama baharu itu juga ia akan meningkatkan lagi kebolehpasaran produk syarikat dan meningkatkan kejayaan kumpulan untuk masa depan.

Menjelang tahun 2026, Capital A antaranya menyasarkan untuk mencapai syarikat penerbangan menghubungkan lebih satu bilion orang di Asean.

Sebelum ini, dalam makluman kepada Bursa Malaysia, syarikat penerbangan tambang rendah itu berkata cadangan nama Capital A Bhd diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dan dikhaskan kepada syarikat itu pada 28 Disember 2021.

-Awani

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori