• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

73 Maut, 574 Cedera Di Thailand Menjelang Tahun Baru

oleh Mohd Arshad
03/01/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANGKOK – Pusat Pencegahan dan Pengurangan Kemalangan Jalan Raya melaporkan seramai 73 orang terbunuh dan 574 lagi cedera dalam kemalangan jalan raya di seluruh Thailand menjelang Tahun Baru 2022, lapor agensi berita Thai PBS World semalam.

Kebanyakan kes dicatatkan semasa sambutan ambang Tahun Baru dan berpunca daripada memandu ketika mabuk.

Sejak bermulanya cuti Tahun Baru di Thailand pada 29 Disember lalu, sebanyak 1,906 kemalangan jalan raya direkodkan yang mengakibatkan sejumlah 226 kematian, manakala 1,894 mangsa cedera.

Kes melibatkan pemanduan laju menyumbang 35.15 peratus daripada keseluruhan kematian sepanjang tempoh tersebut, diikuti 32.06 peratus kes memandu di bawah pengaruh alkohol dan 16.47 peratus lagi melibatkan jarak penglihatan yang terhad.

Motosikal menyumbang 86.62 peratus daripada keseluruhan kemalangan yang berlaku diikuti trak pikap (5.8 peratus) dan kereta persendirian (3.71 peratus).

Sejumlah 19.51 peratus daripada keseluruhan kemalangan itu berlaku antara pukul 9 malam hingga waktu tengah malam (waktu tempatan), 18.15 peratus antara pukul 6 petang hingga 9 malam dan 15.43 peratus antara pukul 3 pagi hingga 6 pagi.

Chiang Mai mencatatkan jumlah kemalangan tertinggi dalam tempoh empat hari lalu iaitu 74 kes dan jumlah kecederaan tertinggi iaitu 70 orang, namun Bangkok mencatat angka kematian tertinggi bersamaan 14 orang.

Ketua pengarah Jabatan Pencegahan dan Tebatan Bencana, Boontham Lertsukheekasem menyarankan pengguna jalan raya supaya berhati-hati memandu dan berhenti rehat sekiranya mengantuk, kerana ramai yang dijangka pulang ke Bangkok dan bandar-bandar lain selepas bercuti.

Sementara itu, Polis Diraja Thailand melaporkan bahawa sepanjang tiga hari pertama cuti tersebut, pihaknya menahan seramai 198,158 orang kerana melanggar undang-undang jalan raya, termasuk 7,391 kes memandu dalam keadaan mabuk.

Timbalan ketua polis Thailand, Damrongsak Kittipraphat berkata, kes memandu dalam keadaan mabuk pada tahun ini meningkat sebanyak 75 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas.

K!Online-

Tags: mabuktahun baharuThailand
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Wajibkan Pemandu Mabuk Tanggung Kos Sara Hidup Keluarga Mangsa – Firdaus Wong

Wajibkan Pemandu Mabuk Tanggung Kos Sara Hidup Keluarga Mangsa – Firdaus Wong

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung tampil menyuarakan pandangan tegas berhubung isu pemandu mabuk yang mengakibatkan kematian...

Mengapa Diesel Malaysia Melonjak 82%? Thailand Hanya 2.8%, Indonesia Kekal – Kohilan Pillay

Mengapa Diesel Malaysia Melonjak 82%? Thailand Hanya 2.8%, Indonesia Kekal – Kohilan Pillay

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Naib Presiden MIC, Kohilan Pillay menyuarakan kebimbangan terhadap kenaikan mendadak harga diesel di Malaysia yang didakwa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd