• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

486 Kes Varian Delta Dikesan Sejak Isnin

oleh Mohd Arshad
14/01/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Sebanyak 486 kes baharu membabitkan varian Delta direkodkan Kementerian Kesihatan (KKM) antara Isnin lalu sehingga hari ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata, ia menjadikan jumlah kumulatif kes virus SARS-CoV-2 dikategorikan sebagai varian membimbangkan (VOC) dan varian mempunyai kepentingan (VOI) adalah sebanyak 6,246 kes.

“Institu Kesihatan dan Perubatan Komuniti Universiti Malaysia Sarawak (IHCM-UNIMAS) mengenal pasti 317 kes baharu semuanya varian Delta.

“Fakulti Perubatan Universiti Malaya (UM) merekodkan 84 kes, Institut Farmagenomik Integratif (58 kes) dan Institut Perubatan Biologi Molekular Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sebanyak 27 kes.

“Daripada jumlah dikesan, 6,226 kes adalah VOC manakala 20 kes pula VOI. Secara keseluruhan, sehingga kini, bagi VOC terdapat 5,726 kes varian Delta; 253 kes varian Omicron; 233 kes varian Beta dan 14 kes varian Alpha.

“Bagi kes VOI, terdapat 13 kes varian Theta, manakala empat kes varian Kappa dan tiga kes lagi varian Eta,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, jumlah jangkitan baharu COVID-19 hari ini, menurun sedikit kepada 3,346 kes, sekali gus menyumbang kepada sejumlah 2,802,263 kes kumulatif di Malaysia, setakat ini.

Beliau berkata, sebanyak 3,079 daripadanya adalah penularan tempatan membabitkan 2,941 atau 95.5 peratus warganegara dan 138 atau 4.5 89 peratus bukan warganegara, manakala 267 kes import daripada 196 warganegara serta 71 warga asing.

“Daripada 3,346 kes harian dilaporkan hari ini, sebanyak 49 kes atau 1.5 peratus adalah Kategori 3, 4, dan 5, manakala 3,297 kes atau 98.5 peratus lagi adalah Kategori 1 dan 2.

“Seramai 204 pesakit dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 95 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata, tiga lagi kluster jangkitan dikesan hari ini, menyumbang kepada sebanyak 6,195 setakat ini, dengan 6,023 kluster sudah ditamatkan dan 172 kluster masih aktif.

Beliau berkata, sebanyak 3,052 kes sembuh direkdokan hari ini, menyumbang kepada sejumlah 2,729,943 kes pulih sepenuhnya daripada jangkitan COVID-19 atau 97.4 peratus daripada keseluruhan kes positif dilaporkan di Malaysia sejak akhir Januari 2020.

“Tiada kes jangkitan baharu COVID-19 dilaporkan dalam kalangan mangsa banjir di sembilan pusat pemindahan sementara (PPS) di Johor dan Sarawak atau yang berada di kediaman masing-masing, selain satu kes penyakit berjangkit iaitu penyakit kulit dikesan membabitkan golongan berkenaan,” katanya.

BHonline-

Tags: ICUKKMVarian Delta
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

DAPSY Pertahan Kad Pemantauan Kesihatan Dalam Bahasa Cina, KKM Milik Seluruh Rakyat Malaysia

DAPSY Pertahan Kad Pemantauan Kesihatan Dalam Bahasa Cina, KKM Milik Seluruh Rakyat Malaysia

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) mempertahankan penggunaan Kad Rekod Pemantauan Pesakit Denggi dalam bahasa Cina di klinik kerajaan...

Imunisasi Tdap Untuk Ibu Hamil: Perisai Awal Lindungi Bayi Daripada ‘Batuk 100 Hari’

Imunisasi Tdap Untuk Ibu Hamil: Perisai Awal Lindungi Bayi Daripada ‘Batuk 100 Hari’

19/05/2026
0

PETALING JAYA, 19 Mei 2026 – Di sebalik kegembiraan menanti kelahiran cahaya mata, ramai ibu hamil mungkin tidak menyedari bahawa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd