• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 1, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

32 Syarikat Dibenar Import Ayam Bulat Sejuk Beku

oleh Mohd Arshad
24/01/2022
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Jertih : Kerajaan sudah memberi kelulusan untuk mengimport ayam bulat sejuk beku ke Malaysia kepada 32 syarikat dari tiga negara, setakat ini bagi mengatasi masalah kekurangan bekalan dan kenaikan harga ayam mentah yang dihadapi rakyat.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata, pengimportan dari negara berkenaan iaitu Thailand, China dan Brazil itu bagaimanapun akan dihentikan sebaik sahaja bekalan ayam di negara ini stabil semula.

“Jadi, ini langkah sementara yang dibuat MAFI (Kementerian Pertanian dan Industri Makanan) untuk memastikan bekalan ayam mencukupi bagi negara,” katanya selepas menghadiri majlis pecah tanah Projek Penempatan Semula Nelayan (PSN) di Benting Lintang di sini, hari ini yang dirasmikan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Ronald berkata, pengimport dari negara berkenaan perlu mematuhi segala syarat ditetapkan termasuk dipastikan status halal.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Disember tahun lalu berkata, kerajaan akan mengimport ayam sejuk beku bagi menampung permintaan dan membolehkan rakyat mendapat bekalan pada harga lebih rendah berbanding ayam segar tempatan.

Susulan itu, MAFI dalam kenyataan memaklumkan kebenaran pengimportan ayam sejuk beku adalah untuk tempoh tiga bulan bermula Disember tahun lalu hingga Februari ini.

Terdahulu, majlis pecah tanah berkenaan menyaksikan sebanyak 50 unit perumahan nelayan berkeluasan 800 kaki persegi merangkumi tiga bilik tidur dan dua bilik air, bakal dibina.

Projek yang merupakan usaha sama kerajaan negeri dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) itu menelan kos sebanyak RM7.6 juta dan akan mula dilaksanakan bulan ini serta dijangka siap menjelang Julai tahun hadapan.

-Harian Metro

Tags: ayamAyam Bulat Sejuk BekuAyam Import
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Zii Jia Kemuka Rayuan Kepada BAM

Next Post

PH Hipokrit Kecam PRN Johor

Related Posts

‘Harga Ayam Di Sabah Cecah RM16.50 Sekilogram’ – Bung Moktar

‘Harga Ayam Di Sabah Cecah RM16.50 Sekilogram’ – Bung Moktar

18/01/2025
0

KOTA KINABALU - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lamag, Datuk Seri Bung Moktar Radin meminta kerajaan Sabah mengambil langkah serius...

‘Ternak Ayam Dan Babi Dalam Satu Ladang’

‘Ternak Ayam Dan Babi Dalam Satu Ladang’

12/07/2023
0

PUTRAJAYA: Sebuah ladang babi dekat Seberang Perai, didapati melanggar Peraturan-Peraturan Pelesenan Penternakan Babi (Pulau Pinang) 2020 selepas dikesan menternak haiwan...

Next Post

PH Hipokrit Kecam PRN Johor

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd