Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Imigresen Kedah Tahan 17...

ALOR SETAR - Imigresen Kedah menahan 17 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga...

Wanita Rugi RM1.6 Juta...

SHAH ALAM - Seorang pengurus syarikat automobil di Shah Alam yang baharu menjalinkan...

Arah Polis Kesan, Tangkap...

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah diarahkan untuk mengesan dan menahan...

Perlu Ada Peraturan Berbasikal...

KUALA LUMPUR - Aktiviti berbasikal di jalan raya turut mengundang risiko kemalangan, justeru...

15 Februari Sebutan Kes Saman Azam Baki Saman Lalitha RM10 Juta

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 15 Februari ini bagi pengurusan kes saman RM10 juta oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki terhadap bekas penyelidik Pusat Memerangi Kronisme dan Korupsi (C4), Lalitha Kunaratnam.

Menerusi semakan senarai kes mahkamah, pengurusan kes itu ditetapkan pukul 9 pagi, di hadapan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Noordura Mohamed Din.

Terdahulu Azam selaku plaintif memfailkan writ saman menerusi firma guaman, Tetuan Zain Megat & Murad di Mahkamah Tinggi di sini semalam (Rabu) dengan menamakan Lalitha sebagai defendan tunggal.

Menurut penyataan tuntutan Azam, kenyataan berbaur fitnah yang diterbitkan oleh Lalitha adalah untuk memperlekehkan nama baik, reputasi dan kedudukan plaintif sebagai seorang individu dan jawatannya sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM.

“Kandungan kenyataan berbaur fitnah tersebut berniat untuk menimbulkan kebencian terhadap plaintif untuk menyebabkan kecederaan maksimum kepada nama baik, reputasi dan kedudukan Plaintif serta bertujuan untuk menghancurkan karier Plaintif selaku pegawai tertinggi kerajaan yang sentiasa mempunyai rekod yang bersih dan kredibiliti yang baik,”kata penyataan tuntutan tersebut.

Lebih teruk beliau berkata, pengikut Twitter defendan secara berterusan mengejek bukan sahaja plaintif, malah SPRM dan peguamcaranya yang hanya menjalankan tugas profesional mereka.


Oleh itu, Azam memohon satu perintah injunksi bagi menghalang Lalitha atau ejennya daripada membuat, menerbitkan atau menyebabkan kenyataan berbaur fitnah itu diterbitkan semula dalam apa juga cara.

Plaintif turut memohon agar defendan memadakan artikel dan ciapan dalam tempoh masa tiga hari penghakiman dibuat serta permohonan maaf yang akan diterbitkan dalam akhbar atau media sosial pilihan Azam.

Azam turut memohon ganti rugi am sebanyak RM10 juta dan ganti rugi teruk, kos serta lrelif-relif lain yang difikirkan sesuai oleh Mahkamah.

Turut dimohon ialah faedah sebanyak lima peratus atas jumlah ganti rugi am dan teruk dari tarikh penghakiman sehingga penyelesaian penuh.

-Kosmo Online

Artikel sebelum ini
Artikel seterusnya

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori