• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Waris Mangsa Buli Sila Hubungi Saya’ – Hishammuddin

oleh Mohd Arshad
02/12/2021
dalam Jenayah, Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur : Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein meminta individu mendakwa adiknya yang menjalani latihan di sebuah kem Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dibuli dan dipukul senior, tampil memberi maklumat.

Beliau menerusi hantaran di Facebook miliknya turut memuat naik satu tangkap layar tertera luahan individu itu yang meminta bantuan di media sosial kerana bimbang keselamatan adiknya.

“Mohon individu di sebalik mesej ini untuk DM (mesej peribadi) butiran lebih terperinci terus kepada saya atau hubungi pejabat saya segera.

“Jangan risau, identiti anda akan dirahsiakan,” katanya.

Hishammuddin turut memaklumkan Timbalan Menterinya sudah diarah untuk teliti perkara itu secara peribadi.

Beliau berkata, tindakan tegas akan diambil terhadap pelaku sekiranya aduan individu terbabit didapati sahih.

Dalam hantaran individu berkenaan yang dipercayai dimuat naik di Twitter mendakwa adiknya bukan saja dipukul dan dibuli, malah wang simpanan habis diberikan dan dibelanjakan untuk sekumpulan senior.

Individu itu juga mendakwa sudah menghubungi polis meminta bantuan namun pihak berkuasa terbabit menasihati supaya membuat aduan kepada pihak kem.

Katanya, dia bimbang nasib adiknya akan menjadi seperti Pegawai Kadet Laut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Zulfarhan Osman Zulkarnain yang meninggal dunia akibat dicederakan enam penuntut lain.

-Harian Metro

Tags: Hishamuddin Husseinmangsa buli
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

5,806 Kes Baharu COVID-19 Dilapor

Next Post

18 Tahun Belum Boleh Mengundi Pada PRN Sarawak

Related Posts

5 Bekas Pelajar, 4 Yang Lain Diarah Bayar Ganti Rugi Lebih RM600,000 Kepada Mangsa Buli

5 Bekas Pelajar, 4 Yang Lain Diarah Bayar Ganti Rugi Lebih RM600,000 Kepada Mangsa Buli

17/10/2023
0

Putrajaya: Mahkamah Persekutuan memerintahkan lima bekas pelajar Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud (SESMA) di Terengganu bersama tiga pihak lain membayar...

Langgar SOP Bukan Satu Jenayah, Tak Perlu Letak Jawatan – PM

14/02/2022
0

SHAH ALAM : Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein tidak perlu meletakkan jawatannya walaupun didapati bersalah melanggar prosedur...

Next Post

18 Tahun Belum Boleh Mengundi Pada PRN Sarawak

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd