• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wanita Terkejut Dalam Akaun Bank Ada £775,000

oleh Mohd Arshad
07/12/2021
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LONDON – Seorang wanita terkejut apabila mendapati wang sebanyak £775,000 (RM4.3 juta) dimasukkan ke dalam akaun banknya oleh Jabatan Cukai dan Hasil Diraja (HMRC) , lapor akhbar Daily Star kelmarin.

Wanita yang identitinya tidak didedahkan itu menunggu lebih setahun untuk HMRC menyedari kesilapannya dan mengambil semula wang tersebut.

Ibu lima anak yang bekerja sendiri itu menyedari perkara tersebut apabila menyemak penyata akaun banknya pada Ogos 2020 dan menyifatkan pengalaman itu ‘luar biasa’, tetapi dengan pantas bertukar menjadi ‘mimpi ngeri’.

“Selepas rasa terkejut reda, saya fikir HMRC akan sedar bahawa pihaknya telah melakukan kesilapan besar dan mengambil wang itu semula, tetapi ini tidak berlaku,’’ kata wanita itu.

‘’Saya andaikan bahawa kakitangan HMRC akan sedar kesilapan mereka setelah saya membayar cukai pada November 2020, tetapi tiada apa berlaku. Saya juga cuba menghubungi HMRC tetapi tiada maklum balas dan talian saya diputuskan sebelum dapat bercakap dengan seseorang,’’ jelasnya.

Selepas 15 bulan, wanita itu menghubungi bank Guardian untuk bertanya bagaimana dia boleh memulangkan baki wang setelah terpaksa membelanjakan hampir £20,000 (RM 111,817) wang tersebut kerana mengalami masalah kewangan ketika pandemik Covid-19.

Pihak HMRC yang dihubungi bank Guardian mendapati seorang kakitangannya telah membuat kesilapan ketika cuba membuat pulangan cukai kepada wanita berkenaan berjumlah £23.39 (RM130.76).

Ketakutan terbesar wanita itu adalah didakwa oleh HMRC di bawah Seksyen 24A Akta Kecurian 1968 kerana kesalahan menyimpan wang bukan miliknya. Jurucakap HMRC bagaimanapun memberitahu wanita itu bahawa organisasi tersebut ‘benar-benar mahu membantunya’ dalam kes itu.

“Kami mohon maaf atas kesulitan dialami individu tersebut dan sedang berusaha mendapatkan semula wang tersebut. Untuk jumlah yang telah dibelanjakan individu itu, kami akan bekerjasama dengannya untuk mengatur pembayaran balik dengan mengambil kira keadaan kewangannya,’’ kata pihak HMRC.

HMRC turut berkata, seorang penasihat pengurusan hutang akan menghubungi wanita itu bagi menetapkan jumlah yang mampu dibayar balik pada setiap bulan . Wanita itu telah ditawarkan untuk membayar balik baki itu selama lima tahun.

-Kosmo Online

Tags: akaun bankLondon
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jabatan Akauntan Negara Kesan Penipuan Dana Awam RM10.4j Di Jabatan Persekutuan

Jabatan Akauntan Negara Kesan Penipuan Dana Awam RM10.4j Di Jabatan Persekutuan

20/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) mengesan penipuan dana kerajaan berjumlah RM18 juta sepanjang tempoh lima tahun sehingga 2024,...

Tiga Remaja Ditahan Disyaki Sindiket Dapatkan Akaun Bank Keldai

Tiga Remaja Ditahan Disyaki Sindiket Dapatkan Akaun Bank Keldai

14/09/2024
0

Balik Pulau : Polis menahan tiga individu termasuk seorang remaja perempuan disyaki ahli sindiket penipuan yang menjalankan kegiatan mendapatkan akaun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd