Sample Page Title

KUALA LUMPUR : Selepas hampir dua tahun diuji sakit buah pinggang berlubang, vokalis kumpulan Screen, Gmie, 50, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang, pada jam 2.30 pagi tadi.

Berita sedih itu dikongsi anak sulung arwah, Siti Hadirah.

“Abah pengsan beberapa jam sebelum pemergiannya kerana kekurangan darah. Malah, beberapa hari sebelum itu, abah kurang sihat dan tiada selera makan.

“Jadi, kami putuskan bawa abah ke hospital. Ketika dirawat, abah masih stabil. Malah, kami sempat buat panggilan video dengannya.

“Bagaimanapun, pada jam 1.30 pagi tadi, hospital hubungi dan maklumkan abah kritikal sebelum menutup mata tinggalkan kami,” katanya kepada BH Online.

Allahyarham Gmie atau nama sebenar, Hajmi Ibrahim meninggalkan isteri, Siti Royani Gumari dan lima anak.

Jenazah disolatkan di Masjid Jamiatul Islamiah, Kampung Medan, Petaling Jaya, pagi ini, sebelum dikebumikan di tanah perkuburan berhampiran.

April lalu, Allahyarham Gmie dilaporkan menghidap sakit buah pinggang berlubang.


Namun, arwah lebih selesa tidak menghebahkan penyakit dihidapi kerana tidak mahu menyusahkan orang lain atau dilihat mengambil kesempatan atas status selebriti.

Sementara itu, pengurus peribadi arwah Gmie, Fuad Syahrin Misbah, memberitahu ketika bergelut dengan penyakit itu, Allahyarham lebih suka merahsiakannya kerana tidak mahu menyusahkan orang lain.

“Selagi boleh melaluinya, arwah cuba untuk kuat. Saya hanya tahu arwah sakit selepas setahun dia melalui kegetiran itu,” katanya.

Arwah Gmie menempa nama dengan kumpulan Screen dan popular dengan rangkaian lagu seperti Bila Cinta Didusta dan Tak Suka Tak Apa pada era 1990-an.

Pada 2016, arwah menyertai pertandingan musim ketiga program realiti, Gegar Vaganza (GV3) dan berentap hingga ke pentas akhir serta meraih tempat keenam.

-Berita Harian

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Buat Semakan Awal Sekatan LHDNM Elak Kesulitan Ke Luar Negara

Ramai rakyat Malaysia yang berkemampuan tentunya berasa teruja dapat kembali melancong ke luar negara...

HFMD: Kes Baharu Turun 35.9 Peratus

SUNGAI PETANI – Kes baharu penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di negeri ini...

Sri Lanka Terpaksa Tutup Sekolah, Kerja Dari Rumah Jimatkan Petrol

COLOMBO: Krisis ekonomi di Sri Lanka semakin meruncing apabila pihak kerajaan mengambil keputusan menutup...

Zahid Tidak Puas Hati Sebab Tidak Dapat Jawatan PM

SHAH ALAM - Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul...

Filem Mat Kilau Atasi Jurassic World, Top Gun Maverick

Kuala Lumpur: GSC Cinemas mengumumkan filem Mat Kilau mencatat RM12.2 juta pada hari keempat...

Bangkai Kapal Perang AS Ditemui Selepas 80 Tahun Tenggelam

MANILA – Bangkai sebuah kapal Amerika Syarikat (AS) yang tenggelam pada kedalaman paling jauh...

14 Jemaah Haji Indonesia Meninggal Dunia

JAKARTA: Seramai 14 jemaah haji Indonesia dilaporkan meninggal dunia di Arab Saudi.Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, InstagramJurucakap Panitia...