Saturday, April 27, 2024

Creating liberating content

8 Rumah Musnah Dalam...

KOTA KINABALU - Lapan rumah jenis separuh kekal, musnah dalam kebakaran di Kampung...

BANJIR – Benarkah Sampai...

KOTA BAHARU (Bernama) -- Polis Kelantan menafikan khabar angin yang disebarkan menerusi media...

DBKL Nafi Paip Kumbahan...

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menafikan paip kumbahan di Jalan...

UMNO: Pembahas Bidas Ahli,...

KUALA LUMPUR - Perbahasan usul ucapan dasar presiden pada Perhimpunan Agung UMNO yang...

Long Tiger Lolos Dari Lokap Mahkamah Majistret Tangkak

TANGKAK: Orang ramai diminta tampil membantu polis mengesan seorang lelaki warga Myanmar, Abd Hamim Ab Hamid, 33 tahun yang turut dikenali sebagai ‘Long Tiger’, selepas meloloskan diri daripada lokap Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Mohd Fadhil Minhat, berkata polis kini melancarkan Ops Tutup di sekitar daerah ini dalam usaha mengesan suspek yang melarikan diri dalam keadaan tangan bergari.

“Usaha mengesan suspek masih dijalankan polis serta khidmat anjing pengesan K9 turut digunakan selain sekatan jalan raya (SJR),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menjelas lanjut, Mohd Fadhil berkata, polis menerima laporan pada 11.55 pagi hari ini memaklumkan seorang lelaki melarikan diri dari lokap dengan keadaan tangan bergari.

“Abd Hamim dibawa ke mahkamah berkenaan bagi prosiding mengikut Seksyen 388, iaitu kes ugutan terhadap seseorang selepas dibawa dari penjara Sungai Udang, Melaka di sini, semalam.


“Alamat terakhirnya, No 292 Jalan Rambutan, Taman Sri Jaya, Bukit Gambir, Tangkak.

“Siasatan lanjut masih dijalankan. Kami tidak akan berkompromi serta bertindak tegas terhadap mana-mana pihak termasuk anggota polis jika siasatan mendapati terdapat unsur kecuaian.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 223/224 Kanun Keseksaan,” katanya.

Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menyalurkannya kepada balai polis berdekatan atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tangkak di talian 06-9781222, Hotline IPD Tangkak, 06-9785222 atau mana-mana IPD. – Berita Harian

BACA – Perbincangan ‘Rahsia’ 5G: Zahidi Bidas Zafrul, Bekas Bos

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori