• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tidak Perlu Sekat Umrah, Tingkat Protokol Perjalanan – Pakar

oleh Mohd Arshad
29/12/2021
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Tiada keperluan untuk kerajaan menyekat aktiviti umrah susulan majoriti kes positif COVID-19 varian Omicron disahkan dari Arab Saudi.

Sebaliknya, Pakar Pengurusan Risiko Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof Madya Dr Shamsul Bahari Shamsudin berpandangan protokol perjalanan pengembara perlu diteliti semula.

Ujarnya, ia termasuk mengetatkan proses kuarantin seperti ditempatkan pengembara dari negara berisiko di pusat-pusat kuarantin.

“Mungkin kita boleh melihat kembali beberapa protokol perjalanan keluar masuk negara dan memberi perhatian serius terhadap varian Omicron ini.

“Pihak Kementerian Kesihatan (KKM) boleh memberi perhatian berkait penguatkuasaan kuarantin wajib.

“Jadi, mana-mana individu yang memasuki negara, bukan sahaja melibatkan jemaah umrah, tetapi juga melibatkan pengembara yang masuk ke negara ini perlu dikuarantin wajib,” katanya ketika ditemu bual Astro AWANI hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata tempoh kuarantin tersebut boleh disenaraikan sekali dalam pakej umrah, selain ia dilihat lebih memudahkan jemaah sekali gus mengurangkan risiko kes ingkar SOP kuarantin.

“Ia (kuarantin) boleh dimasukkan dalam pakej umrah kerana apabila ia sudah dimasukkan dalam pakej umrah, ia tidak akan menjadi satu isu yang besar.

“Tidak lagi berlaku isu-isu sebelum ini di mana ada pengembara yang terlepas pandang, terlepas balik ke rumah.

“Kita tidak mahu orang ramai mengatakan bahawa aktiviti umrah menjadi punca Omicron meningkat kembali pada 2022,” katanya.

-Awani

Tags: Covid-19umrah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd