• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, October 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Keputusan Jual Air Kepada Pulau Pinang – MB Perak

oleh Mohd Arshad
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH: Perak memberi keutamaan kepada keperluan pengunaan air domestik sebelum membuat sebarang keputusan untuk menjual air mentah kepada negeri lain termasuk Pulau Pinang.

Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, setakat ini kerajaan negeri juga tidak membuat sebarang keputusan untuk menjual air mentah kepada Pulau Pinang.

“Secara rasminya tidak ada apa-apa perbincangan dibuat, tidak ada MoU (perjanjian persefahaman) atau perjanjian lain. Melainkan ada sekali saya berjumpa secara tidak rasmi dengan Ketua Menteri Pulau Pinang.

“Mereka telah menyatakan hasrat (beli air mentah), tapi saya dah beri jawapan bahawa mereka tak boleh ambil air dari atas empangan sebab ia menggangu kestabilan air untuk janakuasa elektrik.

“Mereka boleh ambil dari bawah Empangan Chenderoh,” katanya.

Saarani berkata demikian sebagai mengulas laporan bahawa kerajaan negeri Pulau Pinang masih menunggu maklum balas kerajaan Pusat berhubung hasrat membeli air mentah dari Perak menerusi projek Skim Penyaluran Air Mentah Sungai Perak (SPRWTS).

Laporan itu menyebut, Pulau Pinang menghantar surat permohonan rasmi pada 19 Oktober tahun lalu kepada Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man untuk membeli air mentah dari Perak dengan harga yang berpatutan, namun belum mendapat sebarang maklum balas.

Dalam pada itu, Saarani berkata penggunaan air domestik di negeri ini juga tidak mencukupi, khususnya di kawasan tertentu seperti utara Perak.

“Rakan-rakan kita di utara Perak seperti Parit Buntar, Bagan Serai dan Taiping tak cukup air. Kalau kita nak jual air atau salurkan air sungai Perak ke tempat lain, kita mesti beri keutamaan kepada keperluan penggunaan domestik.

“Kita tidak boleh sewenang-wenangnya jual air keluar, nanti orang Perak marah. Kita tak mahu tersalah buat keputusan hingga menyebabkan kekurangan air di Perak tak dapat ditampung.

“Kalau itu (beli air) disebut dalam Dewan Negeri, itu hal Pulau Pinang tetapi bagi Perak kita belum ada apa-apa perjanjian rasmi dibuat,” katanya lagi.

Terdahulu, Saarani menyaksikan majlis menandatangani MoU antara Risda Livestock Sdn Bhd (RLSB) dan Pertubuhan Peladang Negeri Perak (PPPNP) di Bangunan Perak Darul Ridzuan pada Khamis.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif PPPNP Yahanis Yahya dan Pengurus Operasi Risda Livestok, Syed Kudri Tuan Dalam.

Awani-

Tags: airMB PerakPulau Pinang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Projek Pengangkutan RM21 Bilion Untuk Pulau Pinang, Anthony Loke Perlu Jelaskan Agihan 13 Negeri Lain

Projek Pengangkutan RM21 Bilion Untuk Pulau Pinang, Anthony Loke Perlu Jelaskan Agihan 13 Negeri Lain

23/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan digesa mendedahkan jumlah keseluruhan projek pengangkutan yang diluluskan kepada 13 negeri lain susulan dakwaan Pulau Pinang...

Perayaan ‘Hungry Ghost Festival’ Diiktiraf Warisan Negeri

Perayaan ‘Hungry Ghost Festival’ Diiktiraf Warisan Negeri

03/09/2026
0

GEORGE TOWN - Perayaan Teong Guan Phor Thor yang dikenali sebagai ‘Hungry Ghost Festival' diiktiraf sebagai Warisan Negeri dalam usaha...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd