• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, December 10, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tanah Runtuh: Operasi Dihentikan, Tiada Mangsa Terperangkap

oleh Mohd Arshad
04/12/2021
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tragedi runtuhan tanah di Laluan FT 185, Jalan Simpang Pulai-Blue Valley ditamatkan petang tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Muhamad Shahrizal Aris berkata, SAR ditamatkan secara rasmi pada pukul 6 petang selepas Unit Anjing Pengesan (K9) mengesahkan tiada mangsa lain yang tertimbus dalam runtuhan berkenaan.

“Dalam operasi hari kedua hari ini, dua ekor anjing pengesan dari Unit K9 Selangor dibawa untuk menyertai operasi mengesan mangsa.

“Bagaimana pun, sehingga petang tadi, usaha mengesan mangsa lain yang dikhuatiri tertimbus tiada petunjuk positif.

“Selepas perbincangan dengan pihak polis, kami berpuas hati dengan pemeriksaan pasukan K9 bahawa tiada mangsa lain berada di bawah runtuhan dan SAR ditamatkan secara rasmi pada pukul 6 petang,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, dalam operasi yang disertai Pasukan Khas Taktikal Operasi Penyelamat Malaysia (STORM) dan Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) semalam, berjaya menemukan mayat dua lelaki.

Katanya, kedua-dua mangsa terperangkap dalam lori muatan sayur dan kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Alphard.

“Mayat kedua-dua mangsa yang ditemui pasukan penyelamat di bawah timbunan tanah runtuh telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Dalam kejadian pukul 1.30 petang semalam, dua lelaki maut setelah kenderaan masing-masing ditimbus runtuhan tanah.

Mayat pemandu lori sayur, Muhammad Hafiz Hamdi, 31, berjaya dibawa keluar pasukan penyelamat pada pukul 10.50 selepas lebih 10 jam terperangkap.

Seorang lagi mangsa, pemandu Toyota Alphard, Tan Chee Heng, 36, dari Klang, Selangor pula dibawa keluar pada pukul 9.55 malam.

-Kosmo Online

Tags: simpang pulaitanah runtuh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KKR Ambil Tindakan Pengguna Jalan Ceroboh Laluan Ditutup Akibat Tanah Runtuh

KKR Ambil Tindakan Pengguna Jalan Ceroboh Laluan Ditutup Akibat Tanah Runtuh

06/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Berikutan beberapa insiden pengguna jalan raya ingkar arahan penutupan laluan yang mencetuskan insiden tidak diingini seperti terjatuh ke dalam gaung...

7 Sekeluarga Dikhuatiri Tertimbus Akibat Tanah Runtuh

7 Sekeluarga Dikhuatiri Tertimbus Akibat Tanah Runtuh

15/09/2025
0

KOTA KINABALU: Tujuh orang dilaporkan hilang manakala dua ditemui cedera selepas sebuah rumah setinggan dipercayai dihuni sembilan sekeluarga, ditimbus tanah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd