• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sekatan Perjalanan Pengembara Bukan Warganegara

oleh Mohd Arshad
01/12/2021
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur : Kerajaan melaksanakan sekatan perjalanan sementara kepada negara melaporkan kes varian membimbangkan (VOC) Covid-19 baharu, Omicron.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata, sebanyak 20 negara sudah mengesan kehadiran Omicron seperti dilaporkan dalam laman web Global Initiative on Sharing All Influenza Data (GISAID).

Menurutnya, varian itu mempunyai banyak mutasi dan berkembang semasa jangkitan kronik kepada individu yang mempunyai sistem imun rendah, menular pada kadar lebih pantas serta menyebabkan risiko lebih tinggi untuk jangkitan semula.

Justeru, katanya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil langkah kawalan dengan mengenakan sekatan penerbangan terus atau transit dari negara yang melaporkan penularan Omicron atau negara berisiko tinggi berlaku penularan.

“Antara negara disenaraikan adalah Afrika Selatan, Botswana, Eswatini, Lesotho, Mozambique, Namibia, Zimbabwe dan Malawi.

“Sekatan perjalanan dibuat kepada pengembara bukan warganegara Malaysia dari negara melaporkan penularan Omicron atau negara berisiko tinggi berlaku penularan termasuk pengembara mempunyai sejarah perjalanan ke negara berkenaan dalam tempoh 14 hari sebelum ketibaan.

“Mereka juga tidak dibenarkan menyertai program Gelembung Pelancongan Antarabangsa Langkawi,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Namun, Khairy berkata, tiada sekatan kemasukan kepada warganegara Malaysia dan pemegang pas lawatan jangka panjang.

Katanya, pada masa sama mereka tetap perlu menjalani kuarantin wajib selama 14 hari di stesen kuarantin tanpa mengira status vaksinasi, melakukan ujian pengesanan RT-PCR dalam tempoh 72 jam sebelum berlepas, semasa ketibaan di pintu masuk antarabangsa dan hari ke-10.

“Selepas itu, mereka perlu menjalani penilaian risiko pada hari ke-14 tempoh kuarantin wajib dan akan dilanjutkan tempoh kuarantin sekiranya bergejala,” katanya.

Katanya, kerajaan turut menangguhkan sementara kemasukan pelajar antarabangsa dan pekerja asing dari negara terbabit.

Selain itu, beliau berkata, KKM akan mengedarkan senarai negara melaporkan kes penularan Omicron atau negara berisiko tinggi secara harian kepada Kementerian Luar, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac), Kementerian Pengangkutan dan Jabatan Imigresen Malaysia.

Menurutnya, Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) juga perlu menyediakan pintu masuk khas bagi penumpang dari negara melaporkan penularan VOC itu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

“Syarikat penerbangan bertanggungjawab mengenal pasti pengembara dari negara melaporkan penularan Omicron atau negara berisiko tinggi disenaraikan yang menaiki penerbangan mereka,” katanya.

Katanya, maklumat pengembara terbabit mesti dikemukakan kepada Pejabat Kesihatan KLIA untuk memudahkan pengendalian.

-Harian Metro

Tags: Covid-19sekatan perjalanan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd