Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Najib Cabar Tubuh RCI...

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mencabar kerajaan...

Bicara Kes Ustaz Pukul...

KAJANG - Mahkamah Majistret di sini, hari ini menetapkan 6 dan 7 Feb...

Lantikan Politik PH Harus...

PETALING JAYA - Seorang ahli Parlimen PKR mencadangkan lantikan-lantikan politik kerajaan Pakatan Harapan...

Warga Sekolah Boleh Makan...

PETALING JAYA – Kesemua guru, murid dan warga sekolah dibenarkan makan di kantin...

Sawah Padi Teres Vietnam ‘Rindu’ Kehadiran Pelancong

HANOI : Ketika mentari pagi menyinari kabus, petani sawah teres Vietnam membawa kerbau ke bendang, melewati hari tanpa pelancong di kawasan yang berbukit-bukau itu.

Terletak 300 kilometer (km) dari barat laut Hanoi, daerah Mu Cang Chai di wilayah Yen Bai utara menjadi tumpuan pelancong asing dan tempatan sebelum wabak koronavirus melanda.

Sawah teres yang terletak sehingga 1,000 meter di atas paras laut kebanyakannya milik Hmong, kumpulan minoriti yang membentuk sebahagian besar penduduk kawasan itu.

Wanita Hmong pernah menyewa pakaian tradisional berwarna-warni mereka kepada pelawat, manakala lelaki memperoleh sehingga $30 sehari membawa mereka ke laluan berlumpur kecil melalui bukit.

Pemandangan sawah padi teres sangat cantik pada bulan September dan Oktober, apabila tanaman bertukar menjadi kuning berkilat.


“Kami pernah mendapat sejumlah besar pelancong. Tetapi tahun ini semua sawah kosong akibat sekatan pergerakan.

“Satu-satunya keinginan kami ialah agar virus ini lenyap dan kami boleh meneruskan kehidupan normal,” kata petani Lo Thi Loan.

Vietnam baru-baru ini mula membuka pintunya kepada dunia luar, dan beberapa pelawat antarabangsa tiba awal bulan ini di pulau peranginan Phu Quoc dan di kawasan pelancongan lain di selatan.

-Awani

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori