• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Satu Mayat Ditemukan, Seorang Yang Terselamat Meninggal Dunia

oleh Mohd Arshad
17/12/2021
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA TINGGI: Satu lagi mayat lelaki dipercayai mangsa insiden bot karam Tanjung Balau, ditemukan terapung berdekatan Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) di Tanjung Batu Layar, di sini, kira-kira lima batu nautika dari lokasi kejadian.

Timbalan Pengarah Operasi Maritim Johor Kepten Maritim Simon Templer Lo Tusa berkata mayat berkenaan dijumpai berpakaian lengkap tanpa kasut dan berdasarkan pemerhatian, mangsa dipercayai telah meninggal dunia lebih dua hari.

Beliau berkata mayat berkenaan ditemukan oleh nelayan kira-kira 9.50 pagi dan akan dibawa ke rumah mayat untuk dibedah siasat dan proses pengecaman.

“Selain itu, saya juga dimaklumkan bahawa seorang mangsa bot karam yang terselamat tempoh hari dilaporkan meninggal dunia awal pagi tadi.

Punca kematian masih dalam proses tindakan oleh Kementerian Kesihatan,” katanya kepada pemberita di LKIM di sini, hari ini.

Simon berkata mangsa yang selamat itu meninggal dunia di Hospital Kota Tinggi pada pukul 4.15 pagi.

Terdahulu, Simon dalam satu kenyataan berkata sektor pencarian meliputi Tanjung Balau hingga Tanjung Penawar.

Sebanyak tiga pesawat udara digerakkan bagi pencarian udara hari ini melibatkan sebuah helikopter AW139 daripada Maritim Malaysia, sebuah helikopter Pasukan Gerakan Udara dan helikopter Mi-17 daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Menurutnya, pencarian di laut akan melibatkan lima aset laut iaitu sebuah kapal maritim KM Tegas selaku ‘On Scene Coordinator’, sebuah bot tentera laut dan dua aset polis marin iaitu sebuah kapal dan sebuah bot.

Simon berkata pencarian di pesisir pantai diteruskan oleh agensi lain terdiri daripada Angkatan Tentera Malaysia, bomba, polis dan juga Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.

Operasi SAR hari ini melibatkan seramai 128 anggota dan pegawai daripada pelbagai agensi.

Dengan penemuan dan status terbaharu itu, jumlah korban bot karam meningkat kepada 21 orang dan yang masih hilang dikhuatiri melebihi 17 orang.

Pada tragedi pagi Rabu, seramai 50 pendatang tanpa izin warga Indonesia dilaporkan terlibat dalam insiden bot karam di perairan Tanjung Balau, Kota Tinggi.

Bernama-

Tags: bot karamMangsa
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Banjir Pahang: 2 PPS Dibuka, 33 Mangsa Dipindahkan

Next Post

Singapura Sahkan 24 Kes Omicron Setakat Khamis

Related Posts

Briged Negaraku Tawar Khidmat Guaman Keluarga Mangsa Maut Dirempuh Honda Jazz

Briged Negaraku Tawar Khidmat Guaman Keluarga Mangsa Maut Dirempuh Honda Jazz

08/03/2025
3

SEREMBAN - Pertubuhan Briged Negaraku bersedia menawarkan khidmat nasihat guaman percuma kepada keluarga mangsa maut dirempuh sebuah kereta melanggar lampu...

141 Daripada 179 Mangsa Nahas Pesawat Jeju Air Dikenal Pasti

141 Daripada 179 Mangsa Nahas Pesawat Jeju Air Dikenal Pasti

30/12/2024
0

MUAN (Korea Selatan), - Setakat ini, mayat 141 daripada 179 mangsa yang terkorban dalam nahas pesawat Jeju Air minggu ini...

Next Post

Singapura Sahkan 24 Kes Omicron Setakat Khamis

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd