• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sabah Tamatkan Larangan Eksport Balak Minggu Depan

oleh Mohd Arshad
28/12/2021
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Kerajaan Sabah meluluskan program Eksport Balak Terhad yang akan bermula tahun depan, sekali gus mengakhiri larangan eksport balak yang dikenakan pentadbiran Warisan pada 2018.

Menurut laporan yang memetik ketua pemuliharaan hutan Sabah, Frederick Kugan, program itu akan berkuat kuasa bermula minggu depan (3 Jan 2022).

“Satu jawatankuasa penyelarasan melibatkan Persatuan Kayu-kayan Sabah dan Persatuan Perusahaan Kayu-kayan Sabah, serta agensi kerajaan yang berkaitan, akan dibentuk untuk memutuskan kuota pengagihan kayu balak dari hutan asli, yang dihadkan kepada 20 peratus daripada anggaran pengeluaran tahunan, ” kata Kugan seperti dipetik The Vibes.

Pada Mei 2018, ketua menteri Sabah ketika itu Mohd Shafie Apdal mengumumkan larangan sementara eksport kayu balak bagi memastikan bekalan mencukupi untuk perusahan domestiknya.

Kugan, yang mengetuai Jabatan Perhutanan Sabah dilaporkan telah menghantar pekeliling pada 21 Dis lalu bagi memaklumkan pegawai daerah bahawa program eksport berkenaan telah diluluskan oleh kerajaan negeri.

Ia menyatakan bahawa pihak-pihak yang mahu mengeksport kayu balak dari Sabah mestilah antara lain mempunyai lesen Perjanjian Lesen Pengurusan Hutan Mampan (SFMLA).

-Malaysia Kini

Tags: balakLarangan Eksport BalakSabah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

MET Malaysia Keluar Nasihat Tsunami Di Sabah

MET Malaysia Keluar Nasihat Tsunami Di Sabah

08/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) mengeluarkan nasihat tsunami susulan gempa bumi kuat bermagnitud 7.9 yang berlaku di...

Kerajaan Pimpinan PM Anwar Ada Kesungguhan Politik Yang Jelas

Kerajaan Pimpinan PM Anwar Ada Kesungguhan Politik Yang Jelas

01/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Kerajaan Madani di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menunjukkan komitmen dalam merealisasikan semangat dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd