Friday, December 8, 2023

Creating liberating content

Janin Keras Macam Batu...

PAKAR perubatan di India telah dikejutkan dengan satu penemuan perubatan, di mana seorang...

Zawawi Buat 2 Laporan...

KLANG - Calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis...

Langkawi Jadi Hab Antarabangsa...

GEORGE TOWN - Potensi besar pertumbuhan di Langkawi mendorong AirAsia Bhd menjadikan Lapangan...

Mayat Tanpa Kepala Di...

KUALA LUMPUR - Pihak berkuasa Filipina mengesahkan mayat tanpa kepala yang dijumpai di...

Rebat 100 Peratus Bil Elektrik Disember Untuk Mangsa Banjir

HULU LANGAT : Rebat 100 peratus secara sekali beri atau ‘one-off’ bagi bil elektrik Disember diberikan kepada pengguna domestik bagi meringankan beban mangsa banjir, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Perdana Menteri berkata pemberian rebat itu bakal memanfaatkan sekitar 72,000 pengguna domestik yang menjadi mangsa banjir di beberapa negeri ketika ini.

Selain itu, katanya, TNB turut memberikan perkhidmatan pemeriksaan pendawaian percuma kepada mangsa banjir.

“Untuk meringankan beban mangsa banjir, TNB akan memberi rebat 100 peratus secara ‘one-off’ untuk bil elektrik Disember, yang akan memanfaatkan 72,000 pelanggan domestik, iaitu rumah.


“Saya juga sudah minta TNB membantu kediaman milik keluarga B40 yang terjejas banjir apabila bekalan elektrik disambung semula.

“Sejak Jumaat, TNB telah melaksanakan kerja pemeriksaan pendawaian percuma kepada pengguna domestik kerana air banjir mungkin menyebabkan kerosakan pendawaian, suis dan sebagainya, jadi situasi itu agak berbahaya,” katanya pada sidang media di Masjid Al-Muttaqin di sini, hari ini.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori