• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, December 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ratusan Lagi Penerbangan AS Dibatalkan Akibat Omicron

oleh Mohd Arshad
27/12/2021
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Amerika Syarikat ,  Delta dan beberapa syarikat penerbangan Amerika Syarikat (AS) lain bertindak membatalkan lebih 950 penerbangan pada Hari Krismas.

Setakat Ahad, sejumlah 656 penerbangan komersial keluar dan masuk AS dibatalkan, dengan lebih banyak pembatalan dijangka berlaku susulan 920 penerbangan tertunda.

Langkah diambil selepas terdahulu, lebih 600 penerbangan dibatalkan pada 24 Dis, susulan lonjakan kes COVID-19 melibatkan varian Omicron yang memberi kesan kepada kakitangan mereka.

Pembatalan dibuat ketika Pentadbiran Keselamatan Pengangkutan berkata, jumlah orang yang melakukan perjalanan percutian kini kembali ke tahap sebelum pandemik.

“Peningkatan kes Omicron di seluruh negara minggu ini memberi kesan langsung kepada kru penerbangan kami dan mereka yang menjalankan operasi penerbangan.

“Akibatnya, kami terpaksa membatalkan beberapa penerbangan dan memaklumkan pelanggan yang terjejas sebelum mereka datang ke lapangan terbang,” menurut jurucakap United Airlines dalam satu kenyataan.

Data penjejakan penerbangan FlightAware menunjukkan 951 penerbangan domestik, ke dan dari AS dibatalkan setakat petang Sabtu.

Delta menyenaraikan 309 pembatalan penerbangan, United 240, Jet Blue 123 dan American Airlines 92.

Di seluruh dunia, lebih 2,600 penerbangan dilaporkan dibatalkan pada Sabtu.

Varian Omicron kali pertama dikesan pada November. Ia kini menyumbang satu per tiga daripada kes jangkitan COVID-19 di AS.

-Awan

Tags: Covid-19penerbanganvarian omicron
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd