• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahathir Gesa Bincang Peranan Raja Berperlembagaan

oleh Cj Mnh
15/12/2021
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad menggesa perbincangan awam dibuat melibatkan hal ehwal dan peranan sistem raja berperlembagaan.

Gesaan itu dibuat dalam buku autobiografi terkininya Capturing Hope sewaktu membincangkan soal hubungan kaum dalam “Malaysia baru”.

Mengakuinya sebagai subjek yang sukar, Mahathir berkata dia seorang yang percayakan kepada sistem itu, tetapi perbincangan mesti dibuat.

“Malaysia sebuah negara raja berperlembagaan dan ini termaktub dalam perlembagaan.

“Perlembagaan juga menyebut bahawa pemerintahan beraja mempunyai beberapa peranan, seperti juga kepimpinan politik dan rakyat,” katanya.

“Semua peranan dan tanggungjawab ini disebut jelas dalam perlembagaan dan tiba masanya untuk kita perbincangan di peringkat kebangsaa berkaitan hal ehwal raja berperlembagaan dan dan peranan perlembagaan yang sesuai, yang tertakluk ke atas raja-raja.”

Katanya, raja-raja tidak patut terlibat dalam politik dan perniagaan. Dia mendakwa terdapat pihak menggunakan nama istana untuk mendapat kelebihan yang tidak adil dalam bidang itu.

Bagaimanapun, pendirian Mahathir dalam isu penglibatan raja-raja dalam politik tidak dinyatakan secara hitam putih dalam buku itu.

Contohnya, Mahathir juga percaya orang Melayu tidak maju kerana sifat “berserah hampir feudal kepada kerabat diraja dan orang bergelar”.

Katanya orang Melayu juga cenderung mendapatkan perlindungan daripada raja-raja jika ada sesuatu yang tidak kena.

‘Majoriti saya paling tinggi’

Sementara itu mengulas pelantikan perdana menteri baru selepas dia meletakkan jawatan pada Februari 2020, dia percaya Agong bertindak secara betul dengan menentukan sokongan majoriti secara akuan berkanun.

Bagaimanapun dia mempersoalkan keputusan memilih Muhyiddin Yassin sebagai penggantinya.

Mahathir berkata dia mempunyai sokongan yang paling banyak ketika itu.

TMJ patut saman jika rasa dihina – Dr M

Sementara itu, dalam bukunya, Mahathir juga lantang terhadap Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Sebelum menyarankan perbincangan awam berkaitan institusi raja-raja, Mahathir juga mengimbas kembali kes penyampai radio Patrick Teoh yang ditangkap dan dituduh di mahkamah atas dakwaan menghina TMJ dan kerabat diraja di media sosial.

“Tiada undang-undang yang melindungi seorang putera mahkota itu daripada kritikan awam.

“Betul, kamu tidak boleh cakap benda buruk kepada raja-raja, tetapi tiada undang-undang yang meletakkan putera mahkota dalam kedudukan kedudukan tinggi yang sama.

“Tambahan pula, putera mahkota (Johor) terlibat dalam politik dan perbahasan politik, dia sekurang-kurangnya mesti bersedia untuk dikritik,” katanya.

Veteran politik 90-an itu berkata TMJ sepatutnya memfailkan saman fitnah terhadap Teoh jika dia merasa dihina.

“Bagaimanapun, urusan dengan putera mahkota menunjukkkan bahawa rakyat tidak boleh komen berkaitan raja-raja termasuk jika sesuatu kesalahan dilakukan.

“Perkara ini tidak boleh diterima,” kata anggota parlimen Langkawi.

Dia turut memetik kata-kata popular Hang Jebat: “raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah”.

Tags: Raja Berperlembagaan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Raja Tak Perlu Tambahan Kuasa Jika 3 Hak Dilaksana – Sultan Nazrin

21/10/2021
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Nazrin Shah hari ini bertitah Raja Pemerintah yang arif tidak memerlukan sebarang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd