• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Raja Tak Perlu Tambahan Kuasa Jika 3 Hak Dilaksana – Sultan Nazrin

oleh
21/10/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Nazrin Shah hari ini bertitah Raja Pemerintah yang arif tidak memerlukan sebarang tambahan kuasa jika tiga hak sebagai Raja Berperlembagaan dikendalikan secara bijaksana lagi berhemah.

Baginda bertitah, hak-hak tersebut adalah hak untuk menyampaikan nasihat dan pandangan, memberi galakan dan dorongan serta untuk memberi peringatan dan teguran.

“Beta memilih untuk menyampaikan nasihat dan pandangan, memberikan galakan dan dorongan serta memberikan peringatan dan teguran melalui titah-titah yang dizahirkan,” titah baginda pada majlis pelancaran buku Siri Titah Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di sini hari ini.

Sultan Nazrin bertitah, amanah dan anugerah Ilahi yang disertai peranan dan tanggungjawab wajib dilaksanakan oleh Raja Pemerintah sesempurna mungkin agar rakyat merasakan institusi raja tetap relevan dan mempunyai peranan.

Titah baginda, sejarah memberikan pengajaran, takhta akan hilang dan tinggal dalam kenangan apabila Raja Pemerintah enggan menerima nasihat yang betul, disalah nasihat atau terasing dan gagal mendampingi rakyat untuk memahami denyut nadi dan jantung mereka.

Selain itu, Sultan Nazrin yang juga Sultan Perak bertitah, menjadi tanggungjawab Raja Pemerintah untuk memastikan terjalin hubungan harmoni serta semangat saling menghormati dan memahami antara institusi istana dengan institusi rakyat berlandaskan perlembagaan.

Baginda bertitah, Raja Pemerintah mempunyai tanggungjawab memastikan semangat Perlembagaan dan falsafah yang tersirat di sebalik perkara yang digubal difahami dan dilindungi.

“Setiap istilah dan perkataan yang termaktub dalam Perlembagaan memiliki maksud tersendiri, hendaklah ditafsirkan secara bijaksana, halus, teliti dan tepat agar keadilan tidak tercicir,” titah Sultan Nazrin.

Baginda bertitah, walaupun Raja berperanan untuk memerintah dan bukan mentadbir, tetapi tetap bertanggungjawab mengawasi dan memastikan pentadbiran yang adil lagi saksama, teratur, telus selain sebagai penimbang tara yang bijak kepada cabang-cabang perundangan, eksekutif dan kehakiman.

Titah baginda, ia penting demi memastikan mekanisme semak dan imbang terlaksana sekali gus membantu memperkukuhkan keyakinan rakyat kepada amalan demokrasi yang telus.

Sultan Nazrin turut menzahirkan penghargaan kepada DBP selain pelbagai pihak yang terlibat dalam penerbitan buku Siri Titah Sultan Nazrin Muizzuddin Shah termasuk Ketua Pengarah DBP, Datuk Abang Sallehuddin Abg Shokeran; bekas Ketua Pengarah DBP, Datuk Seri Dr Awang Sariyan serta editor penerbitan, Datuk Seri Mohd Annuar Zaini.

Semasa mengakhiri titah penghargaan itu, Sultan Nazrin kelihatan sebak dan terhenti seketika sebelum meneruskannya.

“Pada saat dikurniakan kemuliaan dan kejayaan daripada Ilahi, Beta sewajarnya merakamkan setinggi ingatan kepada ayahanda bonda, guru serta pemimpin yang telah mengasuh, mendidik, dan membimbing Beta.

“Sama-sama Beta pohon kita membaca surah Al-Fatihah, semoga ganjaran daripadanya disampaikan kepada roh ibu bapa, para guru dan para pemimpin yang begitu berjasa kepada kita,” titah Sultan Nazrin. – BERNAMA

Tags: Raja BerperlembagaanSultan Nazrin Shahtimbalan yang di-pertuan agong
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mahathir Gesa Bincang Peranan Raja Berperlembagaan

15/12/2021
0

Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad menggesa perbincangan awam dibuat melibatkan hal ehwal dan peranan sistem raja berperlembagaan. Gesaan itu...

Yakinkan Rakyat Ada Tempat Dalam Keluarga Malaysia – Sultan Nazrin

25/10/2021
0

KUALA LUMPUR - Rakyat perlu diberi keyakinan bahawa setiap mereka mempunyai tempat dalam keluarga besar Keluarga Malaysia, titah Timbalan Yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd