• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pusat ‘Refleksologi’ Diserbu, Sembilan Termasuk Tujuh GRO Ditahan

oleh Mohd Arshad
24/12/2021
dalam Jenayah, Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA: Kegiatan sarang pelacuran yang berselindung di sebalik pusat refleksologi dan rumah pangsapuri persendirian tumpas selepas polis melakukan serbuan ke atas kedua-dua premis di Jalan Metro Perdana Barat, Kepong, dekat sini, Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, kedua-dua serbuan itu dilakukan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul.

Katanya, serbuan pertama dilakukan pada pukul 3.30 petang manakala serbuan kedua berlaku sekitar pukul 9.45 malam hari yang sama.

Eng Lai memaklumkan, seramai sembilan individu ditahan termasuk dua lelaki warga tempatan yang merupakan penjaga premis.

“Selain itu, polis menangkap tujuh wanita warga asing berusia antara 20 hingga 41 tahun yang dipercayai terbabit dalam kegiatan pelacuran tersebut.

“Siasatan awal di tempat kejadian mendapati modus operandi kegiatan ini berselindung di sebalik pusat refleksologi dan rumah pangsapuri persendirian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Eng Lai berkata, siasatan mendapati premis itu baru sahaja beroperasi sejak sebulan lalu.

Beliau berkata, polis turut merampas wang tunai kira-kira RM900, kondom pelbagai jenama, minyak urut dan minyak pelincir.

“Kesemua suspek kini ditahan reman tiga hari sehingga hari ini untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan kerana terbabit dalam aktiviti pelacuran dan Seksyen 39B Akta Imigresen 1959/63 atas kesalahan menyalahguna permit pekerjaan,” jelas beliau.

UtusanOnline-

Tags: GROkegiatan pelacuranpusat refleksologi
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pembukaan Semula Sekolah Ditangguh Seminggu

Next Post

Sorok 2,000 Biji Pil Kuda, 10kg Syabu Atas Siling Tandas

Related Posts

Polis Serbu Pusat Hiburan, 15 GRO Warga Asing Ditahan

Polis Serbu Pusat Hiburan, 15 GRO Warga Asing Ditahan

23/11/2024
0

JOHOR BAHRU - Polis menahan 15 wanita warga asing yang bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) termasuk seorang lelaki warga tempatan...

JIM Gempur Dua Pusat Hiburan, 46 Ditahan Termasuk Tiga Majikan

JIM Gempur Dua Pusat Hiburan, 46 Ditahan Termasuk Tiga Majikan

11/11/2024
0

Johor Bahru: Bukan sahaja menyalahgunakan Pas Lawatan Sosial (PLS), seramai 36 wanita warga asing dikesan turut melakukan aktiviti tidak bermoral...

Next Post

Sorok 2,000 Biji Pil Kuda, 10kg Syabu Atas Siling Tandas

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd