• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRU15: UMNO Tuntut Kerusi DUN Bukit Selambau

oleh Mohd Arshad
27/12/2021
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR : UMNO Bahagian Merbok menuntut agar kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau dikembalikan kepada calon parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Merbok, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, ini kerana MIC sudah tidak berupaya menjanjikan kemenangan buat Barisan Nasional (BN) di kerusi berkenaan sejak beberapa penggal.

Menurutnya, tuntutan itu bukan berdasarkan omongan kosong atau emosi, sebaliknya berlandaskan angka, perubahan demografi politik serta sentimen yang sekian lama berakar dalam kalangan rakyat.

“Saya terkilan dan agak kecewa, sudah beberapa dekad akar umbi dikecewakan, suara demi suara yang mahukan kerusi DUN Bukit Selambau dikembalikan kepada UMNO dinafikan.

“Dalam hal ini, bukanlah kita hendak tonjolkan imej sebagai ‘abang besar’ mahupun pembuli, ia berdasarkan kepada banyak faktor,” katanya kepada Sinar Harian di sini pada Ahad.

Shaiful Hazizy berkata, antara faktor yang menyokong tuntutan berkenaan adalah pertambahan pengundi Melayu yang ketara.

“Angka terkini pengundi Melayu di DUN Bukit Selambau sudah mencecah 61 peratus. Berdasarkan data PRU14, DUN Bukit Selambau mempunyai sekitar 49,000 pengundi.

“Selain itu, rekod prestasi MIC dalam pilihan raya umum dan pilihan raya kecil tidak menunjukkan calon dari parti itu mampu memberi cabaran pada PRU15. Untuk rekod wakil MIC kecundang dalam setiap pilihan raya sejak 2008,” jelasnya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, MIC Merbok juga dilihat tidak mampu mengetengahkan calon tempatan yang berkaliber untuk memastikan kemenangan.

“Bermula pada tahun 2013, MIC ketengahkan calon daripada luar kepimpinan MIC Merbok untuk mewakili BN di DUN Bukit Selambau,” katanya.

Shaiful Hazizy percaya faktor undi 18 tahun akan meningkatkan lagi jumlah pengundi Melayu bermula tahun hadapan.

“Pengundi Melayu dijangka terus meningkat kepada 70 peratus menerusi pendaftaran automatik pengundi 18 tahun.

“Malah jentera UMNO menjadi penyumbang dominan di setiap kawasan daerah mengundi, kekuatan jentera UMNO sering menjadi sandaran calon MIC sejak awal lagi.

“Sekiranya calon UMNO diberi peluang, semangat juang dan motivasi jentera boleh dijadikan sandaran untuk BN kembali merampas kerusi terbabit,” katanya.

Menurutnya, pada persidangan tahunan UMNO Bahagian Merbok 18 Disember lalu, pemimpin dan perwakilan sebulat suara menyuarakan hasrat itu.

“Saya mohon MIC berlapang dada dan menerima perubahan ini. Sebagai rakan setia BN, MIC perlu menerima ketetapan persidangan UMNO Bahagian Merbok dengan hati terbuka.

“Akar umbi UMNO sudah kerap kali berjuang dan berkorban untuk memenangkan calon MIC yang mewakili BN, jadi sudah tiba masanya MIC berkorban atas semangat setiakawan,” ujarnya.

Beliau menegaskan, tuntutan tersebut bukanlah satu pengkhianatan atau tikam belakang, sebaliknya ketetapan itu berdasarkan kepada adaptasi taktikal demi kepentingan BN.

“Yang penting, kita mahu menang, jangan jadikan ego atau emosi sebagai sandaran,” katanya.

Kerusi DUN Bukit Selambau mula dipertandingkan pada 1986. UMNO bertanding di kerusi berkenaan pada PRU 1986 dan 1990 sebelum diserahkan kepada MIC untuk mewakili BN sejak 1995.

-Awani

Tags: PRU15Tuntut KerusiUMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

MIC Tidak Selamat Jika Sertai PN –  Puad Zarkashi

MIC Tidak Selamat Jika Sertai PN – Puad Zarkashi

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Parti MIC tidak berada dalam kedudukan selamat jika mengambil keputusan untuk menyertai Perikatan Nasional (PN) Ahli Majlis...

PAS Mahu Muafakat UMNO PAS, Bukan Muafakat UMNO DAP PKR – Annuar Musa

PAS Mahu Muafakat UMNO PAS, Bukan Muafakat UMNO DAP PKR – Annuar Musa

12/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - "Mari kita duduk berdua dulu tentukan apa yang boleh di capai kesepakatan terutama antara UMNO...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd