• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 9, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Projek Tambak Laut: 3 MP Melaka Hantar Surat Bantahan Ke JAS

oleh Mohd Arshad
27/12/2021
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Tiga ahli parlimen Melaka telah menulis surat kepada Jabatan Alam sekitar (JAS) untuk menyuarakan bantahan terhadap penambakan laut seluas 300 ekar, dinamakan sebagai projek AJA, di Klebang.

Dalam surat bertarikh 24 Disember, Khoo Poay Tiong (Kota Melaka), Shamsul Iskandar Md Akin (Hang Tuah Jaya) dan Rosnah Aluai (Tangga Batu) memetik dapatan laporan impak alam sekitar (EIA) sebagai asas bantahan mereka.

Khoo mengongsikan surat itu di Facebook semalam dan menggesa orang ramai turut menyuarakan bantahan mereka.

Menurut surat itu, projek penambakan laut itu tidak mendapat kelulusan Majlis Perancangan Fizikal Negara (MPFN).

“Kami membantah pandangan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Melaka bahawa kelulusan daripada MPFN tidak diperlukan kerana projek tambakan laut telah ditandakan dalam Rancangan Struktur Negeri (RSN).

“Ini kerana RSN hanyalah menandakan zon pembangunan dan tambakan secara am. RSN tidak menandakan dan meluluskan dengan spesifik lokasi tambakan dan aktiviti yang hendak dijalankan,” kata mereka.

Perlu sediakan EIA makro

Selain laporan EIA sedia ada, mereka berkata kerajaan negeri dan para pemaju perlu menyediakan laporan EIA di peringkat makro untuk keseluruhan projek tambakan laut di pesisir pantai negeri Melaka, khasnya di Zon Ekonomi Pesisir Pantai Melaka (MWEZ).

Menurut mereka, ia perlu agar impak alam sekitar boleh dinilai secara keseluruhan.

“Kesan keseluruhan ini tidak dapat dinilai melalui laporan-laporan EIA yang berasingan untuk setiap projek.

“Kementerian Alam Sekitar dan Air telah menyatakan melalui jawapan bertulis di parlimen bahawa mereka belum menerima sebarang laporan EIA untuk projek MWEZ.

“Oleh itu, laporan EIA untuk projek 300 ekar ini tidak boleh diluluskan sehingga laporan EIA makro disiapkan dan kesan alam sekitar dinilai secara keseluruhan,” kata mereka lagi.

Mereka juga membangkitkan laporan EIA yang menyatakan sumber pasir untuk projek tersebut akan diambil di lokasi yang terletak 8.6 kilomter dari tapak projek, tapi tidak menyatakan sama ada syarikat pembekal pasir telah mendapatkan kelulusan untuk melombong pasir di situ.

Semakan Malaysiakini terhadap laporan EIA oleh Konsortium Pembangunan Tanah Laut (Melaka) Sdn Bhd serta profil pemaju mendapati dua pemimpin Umno negeri dikaitkan dengan projek tersebut. yang meliputi 33km pesisir pantai dan lapan kawasan DUN.

Selain kesan terhadap alam sekitar, isu lain yang dibangkitkan termasuk banjir yang memburuk, kesan terhadap warisan dan ancaman kepada penyu sisik – spesis yang diklasifikasikan sebagai terancam kritikal – yang bertelur di pesisirnya.

-Malaysia Kini

Tags: MelakaProjek Tambak Laut
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

128 Pelajar UIAM Diarah Kosong Bangunan Asrama

Next Post

Wajar Pertimbang Bantuan RM5,000 Untuk Keluarga Terjejas Banjir

Related Posts

Melaka Mohon Semula Bangunkan Kawasan Tambakan Laut Bawah UNESCO

Melaka Mohon Semula Bangunkan Kawasan Tambakan Laut Bawah UNESCO

09/07/2024
0

Kerajaan Melaka akan membuat permohonan semula kepada Jabatan Warisan Negara bagi membangunkan kawasan tambak laut yang digazetkan sebagai Tapak Warisan...

62 Rumah Di 3 Kampung Di Melaka Terjejas Akibat Banjir Kilat

62 Rumah Di 3 Kampung Di Melaka Terjejas Akibat Banjir Kilat

22/05/2024
0

Melaka : Sebanyak 62 rumah penduduk di Kampung Pengkalan Batu, Kampung Bachang Darat dan Kampung Peringgit di sini, terjejas akibat...

Next Post

Wajar Pertimbang Bantuan RM5,000 Untuk Keluarga Terjejas Banjir

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd