Wednesday, June 19, 2024

Creating liberating content

Dadah Bernilai RM300,000 Dirampas...

GEORGE TOWN - Sejumlah dadah jenis heroin bernilai RM300,000 dan pelbagai peralatan memproses...

UMNO Sabah Dengan Kuasa...

KOTA KINABALU — UMNO Sabah mohon diberi kuasa autonomi, kata Presiden UMNO Datuk...

Tragis, Pelancong Maut Terkena...

HASRAT seorang pesara menghabiskan usia tuanya dengan mengembara dan menikmati pemandangan di sebuah gunung...

Video: Pencabul ‘Layu’ Dibelasah...

RAKAMAN video seorang pencabul yang dibelasah setelah berjaya ditangkap oleh orang ramai di...

PRN Sarawak: Tanjong Datu Bakal Menyaksikan Saingan Empat Penjuru

TANJONG DATU : Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Datu bakal menyaksikan saingan empat penjuru dalam Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) Sarawak kali ini.

Ia melibatkan calon dari Gabungan Parti Bersatu (GPS) Azizul Annuar Adenan, Parti Bumi Kenyalang (PBK) Goem Pijar, Parti Sarawak Bersatu (PSB) Jery’in Fauzi, dan calon bebas Abdul Talib Baee.

Perkara itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Gustian Durani pada pukul 8.15 tadi.

Terdahulu, Azizul menyerahkan borang pencalonan pada pukul 9.06 pagi kemudian diikuti Jery’in Fauzi pada pukul 9.10 pagi serta calon Abdul Talib pada jam 9.20 pagi dan terakhir adalah Goem Pijar pada jam 9.24 pagi.

Proses penyerahan borang ditutup secara rasminya pada jam 10 pagi.


Pada PRN11, DUN Tanjong Datu menyaksikan saingan dua penjuru.

Ia dimenangi oleh Barisan Nasional (BN), Allahyarham Tan Sri Adenan Satem dengan majoriti undi mengalahkan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

-Awani

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori