• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Lengkapkan Kertas Siasatan Kanak-kanak Mati Didera

oleh Mohd Arshad
05/12/2021
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU: Polis sedang melengkapkan kertas siasatan berhubung kes dera seorang kanak-kanak lelaki hingga menyebabkan kematian yang disyaki dilakukan ibu kandungnya bersama teman lelaki wanita itu, kelmarin.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, wanita dan lelaki masing-masing berusia 35 dan 32 tahun itu direman sehingga Jumaat ini bagi membantu siasatan berhubung kejadian terbabit.

Katanya, polis sedang melengkapkan kertas siasatan sebelum diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya.

“Mereka direman selama tujuh hari sehingga 10 Disember ini. Selain pasangan kekasih itu, tiada tangkapan lain dibuat. Wanita itu sebelum ini bekerja sebagai tukang cuci di Singapura. Difahamkan, dia sudah beberapa kali berkahwin tetapi tidak mendaftar. Hasil perkahwinan itu, wanita itu mempunyai lapan cahaya mata,” katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini.

Semalam, akhbar melaporkan seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun maut dipercayai didera ibu kandung dan kekasih ibunya sejak Jun lalu di rumah sewa mereka di Taman Nusa Bistari, dekat sini.

Sementara itu, Ayob Khan berkata, mayat kanak-kanak terbabit masih berada di Unit Forensik HSA dan belum dituntut pihak keluarga.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan serta Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Sementara itu, dalam kes penemuan mayat kanak-kanak di Sungai Kampung Desa Makmur berdekatan Jalan Anggerik Putih Majidee, di sini, semalam, Ayob Khan berkata, tiada sebarang unsur jenayah dalam kejadian itu.

“Mayat yang kita jumpa ini ada organ yang hilang, kaki pun sudah tiada. Jadi kita masih tunggu laporan lengkap bedah siasat. Setakat ini tidak dapat kesan jantina, bangsa dan sebagainya dan setakat ini juga tiada elemen jenayah ditemukan,” katanya.

UtusanOnline-

Tags: Derakanak-kanak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kanak-kanak 6 Tahun Rentung, Rumah Terbakar Awal Pagi

Kanak-kanak 6 Tahun Rentung, Rumah Terbakar Awal Pagi

15/02/2026
0

SHAH ALAM: Seorang kanak-kanak berusia enam tahun ditemui rentung, manakala seorang lelaki cedera dalam kebakaran sebuah rumah teres dua tingkat...

Tangisan Punca Kanak-kanak 3 Tahun Dipukul, Mata Kiri Lebam

Tangisan Punca Kanak-kanak 3 Tahun Dipukul, Mata Kiri Lebam

19/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Tangisan tanpa henti seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun dipercayai menjadi punca dia dipukul anak pengasuh di sebuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd