• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Buru Lima Penjenayah Aktif Pecah Rumah

oleh Mohd Arshad
03/12/2021
dalam Jenayah, Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Kota Kinabalu : Polis Kota Kinabalu giat menjalankan operasi mengesan sekumpulan lima penjenayah yang dikesan aktif melakukan pecah rumah sekitar bandar raya ini sepanjang tahun ini.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, hasil siasatan, pihaknya percaya kumpulan penjenayah terbabit dalam sekurang-kurangnya 11 kes pecah rumah dan peti besi membabitkan kerugian hampir RM1 juta.

Katanya, berdasarkan siasatan dijalankan, pihaknya mengenal pasti kumpulan yang menaiki kereta berwarna gelap ini melakukan jenayah dengan mengenakan pakaian serba gelap iaitu ‘hoodie’ dan memakai pelitup muka.

“Kita percaya kumpulan ini melakukan perancangan rapi sebelum jenayah kumpulan berkenaan dijalankan.

“Mereka dipercayai mengenal pasti keadaan rumah, jalan keluar masuk dan sistem keselamatan rumah termasuk kamera litar tertutup (CCTV) sekitar perumahan berkenaan sebelum melakukan jenayah,” katanya.

Mohd Zaidi berkata demikian pada sidang media selepas sesi Dialog Keselamatan PDRM bersama JPPM, Ketua Kampung, ARS dan KRT sekitar bandar raya ini, di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu, hari ini.

Mohd Zaidi berkata, kes terbaru dilaporkan berlaku baru-baru ini di kawasan perumahan Lido, di sini, ketika pemilik rumah berada di luar daerah.

Katanya, kumpulan penjenayah terbabit didapati bertindak merosakkan sistem CCTV rumah mangsa sebelum melarikan barangan berharga.

“Antara kerugian yang dialami mangsa adalah kehilangan wang tunai sebanyak RM500,000 termasuk matawang asing, jam tangan berjenama Rolex dan beberapa lagi barangan berharga.

“Berdasarkan laporan kes pecah rumah sebelum ini, pelbagai kerugian dilaporkan termasuk kehilangan sepucuk pistol,” katanya.

Menurutnya, kumpulan berkenaan sudah dikenal pasti dan usaha memburu semua suspek sedang giat dijalankan.

Katanya, usaha pemantauan juga akan diperketatkan terutamanya menjelang cuti krismas dan tahun baharu nanti.

-Harian Metro

Tags: pecah masuk rumah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd