Thursday, February 13, 2025

Creating liberating content

Laman Sosial Kini Tempat...

PETALING JAYA - Haiwan kini diperdagangkan kepada pembeli hanya melalui mesej Whatsapp di...

Muhyiddin, Isteri Lawat Pameran...

JOHOR BAHARU - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini meluangkan...

Obses Kurus Punca Hazami...

BERITA penyanyi dan penulis lagu, Hazami dimasukkan ke Unit Kawalan Rapi (ICU) akibat...

Penerbangan Di Changi Terganggu...

SINGAPURA - Kira-kira 15 jadual perlepasan dan tiga ketibaan, dilewatkan dan tujuh lagi...

Pertempuran Di Myanmar, Lebih 5,000 Penduduk Lari Ke Thailand

BANGKOK : Pertempuran sengit di wilayah Kayah, Myanmar yang dilanda konflik memaksa lebih dari 5,000 orang melarikan diri ke Mae Sot, bandar di sempadan Thailand kira-kira 15 kilometer dari tempat serangan udara dilaporkan pada petang Khamis lalu.

Bangkok Post memetik Gabenor Wilayah Tak, Somchai Kitcharoenrungroj sebagai berkata, 5,358 penduduk kampung dari Myanmar sudah menyeberangi Sungai Moei untuk mendapatkan perlindungan di Thailand.

“Pegawai keselamatan turut memberi bantuan kemanusiaan kepada pelarian yang berlindung di daerah Mae Sot dan Phop Phra, mereka yang tercedera sedang menerima rawatan,” katanya.

Berikutan pertempuran di sepanjang sempadan Thailand-Myanmar, pihak penguat kuasa Thailand juga meningkatkan rondaan dan penguatkuasaan di sepanjang sempadan.

Selain itu, pihak pentadbiran wilayah Tak turut memberi amaran kepada penduduk supaya menjauhkan diri dari sempadan kerana terdapat laporan peluru sesat dan bom tangan dari seberang sempadan di daerah Mae Sot dan Phop Phra.

Sebelum kejadian pelarian, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Hal Ehwal Kemanusiaan dan Penyelaras Bantuan Kecemasan Martin Griffiths pada Ahad berkata, beliau ngeri dengan laporan mengenai serangan ke atas orang awam di Myanmar yang mengakibatkan 35 orang terbunuh.

Griffiths merujuk kepada insiden yang dilaporkan berlaku di timur negeri Kayah Jumaat lalu.


Sementara itu, The Border Consortium (TBC), badan bukan kerajaan (NGO) antarabangsa yang menyediakan makanan, tempat tinggal dan bentuk sokongan lain kepada pelarian di kem di barat Thailand, meminta kerajaan Thailand untuk melindungi dan membantu beribu-ribu orang yang melarikan diri daripada keganasan di Myanmar.

“Ia sepatutnya berhenti menghalang orang yang mencari perlindungan di Thailand atau cuba menyeberangi sempadan kerana nyawa mereka terancam. Pertempuran, tembakan dan serangan udara berterusan di negeri Kayin, termasuk di kawasan orang ramai melarikan diri. Sebarang penghantaran pulang mestilah benar-benar secara sukarela, berdasarkan persetujuan dan dilaksanakan dengan selamat dan bermaruah.

“Kita juga menggesa kerajaan Thailand tidak menghantar kembali pelarian ke Myanmar disebabkan pandemik COVID-19… cuba membendung virus itu bukanlah alasan untuk menghantar mereka kembali kepada situasi yang tidak selamat dan berbahaya,” menurut TBC dalam satu kenyataan.

TBC juga menggesa kerajaan Thailand mewujudkan prosedur pemeriksaan yang jelas dan sistematik di sepanjang kawasan sempadan, yang diselaraskan dengan Pesuruhjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) untuk membenarkan pelarian mendapatkan suaka.

Selain itu, ia juga meminta kerajaan Thailand membenarkan UNHCR dan organisasi kemanusiaan menyaring secara bebas ketibaan dari Myanmar untuk mengenal pasti dan menyokong kumpulan yang paling terancam termasuk kanak-kanak yang terpisah dan tidak ditemani keluarga, wanita hamil, warga emas dan orang kurang upaya.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori