• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, December 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pertempuran Di Myanmar, Lebih 5,000 Penduduk Lari Ke Thailand

oleh Mohd Arshad
28/12/2021
dalam Hangat, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANGKOK : Pertempuran sengit di wilayah Kayah, Myanmar yang dilanda konflik memaksa lebih dari 5,000 orang melarikan diri ke Mae Sot, bandar di sempadan Thailand kira-kira 15 kilometer dari tempat serangan udara dilaporkan pada petang Khamis lalu.

Bangkok Post memetik Gabenor Wilayah Tak, Somchai Kitcharoenrungroj sebagai berkata, 5,358 penduduk kampung dari Myanmar sudah menyeberangi Sungai Moei untuk mendapatkan perlindungan di Thailand.

“Pegawai keselamatan turut memberi bantuan kemanusiaan kepada pelarian yang berlindung di daerah Mae Sot dan Phop Phra, mereka yang tercedera sedang menerima rawatan,” katanya.

Berikutan pertempuran di sepanjang sempadan Thailand-Myanmar, pihak penguat kuasa Thailand juga meningkatkan rondaan dan penguatkuasaan di sepanjang sempadan.

Selain itu, pihak pentadbiran wilayah Tak turut memberi amaran kepada penduduk supaya menjauhkan diri dari sempadan kerana terdapat laporan peluru sesat dan bom tangan dari seberang sempadan di daerah Mae Sot dan Phop Phra.

Sebelum kejadian pelarian, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Hal Ehwal Kemanusiaan dan Penyelaras Bantuan Kecemasan Martin Griffiths pada Ahad berkata, beliau ngeri dengan laporan mengenai serangan ke atas orang awam di Myanmar yang mengakibatkan 35 orang terbunuh.

Griffiths merujuk kepada insiden yang dilaporkan berlaku di timur negeri Kayah Jumaat lalu.

Sementara itu, The Border Consortium (TBC), badan bukan kerajaan (NGO) antarabangsa yang menyediakan makanan, tempat tinggal dan bentuk sokongan lain kepada pelarian di kem di barat Thailand, meminta kerajaan Thailand untuk melindungi dan membantu beribu-ribu orang yang melarikan diri daripada keganasan di Myanmar.

“Ia sepatutnya berhenti menghalang orang yang mencari perlindungan di Thailand atau cuba menyeberangi sempadan kerana nyawa mereka terancam. Pertempuran, tembakan dan serangan udara berterusan di negeri Kayin, termasuk di kawasan orang ramai melarikan diri. Sebarang penghantaran pulang mestilah benar-benar secara sukarela, berdasarkan persetujuan dan dilaksanakan dengan selamat dan bermaruah.

“Kita juga menggesa kerajaan Thailand tidak menghantar kembali pelarian ke Myanmar disebabkan pandemik COVID-19… cuba membendung virus itu bukanlah alasan untuk menghantar mereka kembali kepada situasi yang tidak selamat dan berbahaya,” menurut TBC dalam satu kenyataan.

TBC juga menggesa kerajaan Thailand mewujudkan prosedur pemeriksaan yang jelas dan sistematik di sepanjang kawasan sempadan, yang diselaraskan dengan Pesuruhjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) untuk membenarkan pelarian mendapatkan suaka.

Selain itu, ia juga meminta kerajaan Thailand membenarkan UNHCR dan organisasi kemanusiaan menyaring secara bebas ketibaan dari Myanmar untuk mengenal pasti dan menyokong kumpulan yang paling terancam termasuk kanak-kanak yang terpisah dan tidak ditemani keluarga, wanita hamil, warga emas dan orang kurang upaya.

-Berita Harian

Tags: MyanmarPertempuranThailand
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Thailand, Kemboja Tegas Semula Komitmen Patuhi Perjanjian Damai Kuala Lumpur – PM

Thailand, Kemboja Tegas Semula Komitmen Patuhi Perjanjian Damai Kuala Lumpur – PM

16/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Thailand dan Kemboja menegaskan semula komitmen kedua-dua negara terhadap Perjanjian Damai Kuala Lumpur, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim....

Thailand Gantung Perjanjian Dengan Kemboja Susulan Insiden Letupan Periuk Api Terbaharu

Thailand Gantung Perjanjian Dengan Kemboja Susulan Insiden Letupan Periuk Api Terbaharu

10/11/2025
0

BANGKOK: Kerajaan Thailand hari ini mengumumkan penggantungan pelaksanaan perjanjian damai dengan negara jiran, Kemboja, susulan insiden letupan periuk api yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd