• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pendeposit Boleh Kemas Kini Maklumat Peribadi Di Aplikasi THiJARI

oleh Mohd Arshad
23/12/2021
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pendeposit kini dapat mengemas kini maklumat peribadi menerusi aplikasi THiJARI tanpa perlu hadir ke Pejabat Tabung Haji (TH) Cawangan, bermula Rabu.

Pengurus Besar Digitalisasi Perniagaan TH, Mohamed Ameen Abdul Wahab dalam kenyataan berkata, antara maklumat peribadi yang boleh dikemas kini secara dalam talian ialah gelaran, e-mel, alamat tetap dan surat-menyurat, nombor telefon rumah dan pejabat, status perkahwinan, nombor akaun bank dan lain-lain yang boleh dirujuk melalui laman web TH.

“TH komited menyediakan perkhidmatan terbaik dan mesra pelangan kepada para pendeposit termasuklah urusan dalam talian menerusi aplikasi THiJARI.

“Kesan daripada pandemik Covid-19 yang melanda seluruh negara, para pendeposit lebih memilih untuk berurusan secara dalam talian.

“Sehubungan itu, TH telah menambah baik platform digital supaya pendeposit dapat mengemas kini maklumat peribadi secara dalam talian agar maklumat pendeposit sentiasa terkini dan memudahkan urusan mereka pada masa hadapan,” katanya.

Mohamed Ameen yang juga Pemangku Pengarah Eksekutif Operasi TH berkata, sekiranya pendeposit mahu mengemas kini nombor telefon bimbit berdaftar, mereka dihendaki hadir ke Pejabat TH Cawangan berdekatan dan ini adalah selaras dengan polisi Bank Negara Malaysia (BNM) berkenaan Electronic Know-Your-Customer (e-KYC).

Katanya, e-KYC bertujuan untuk pengesahan diri bagi mengurangkan risiko transaksi secara maya atau tidak bersemuka selain memastikan pendaftaran nombor telefon bimbit adalah terkawal.

Sehingga kini, THiJARI telah merekodkan purata 50,000 transaksi sehari dan 1.5 juta transaksi sebulan melibatkan nilai deposit lebih daripada RM200 juta melalui dalam talian.

-Sinar Harian

Tags: PendepositTabung HajiTHiJARI
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Bekalan Air Di Petaling, Kuala Lumpur Pulih Sepenuhnya

Next Post

60,583 Mangsa Terjejas Banjir Di Seluruh Negara – JKM

Related Posts

Iran Sahkan Operasi Janji Benar Sudah Berakhir

Konflik Iran-Israel: TH Teruskan Persiapan Bagi Musim Haji 2024 Seperti Dirancang – Mohd Na’im

14/04/2024
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan bekerjasama rapat dengan Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi memastikan keselamatan jemaah haji dan umrah...

Tabung Haji Umum Agihan Keuntungan 3.1 Peratus Bagi 2022

Tabung Haji Umum Agihan Keuntungan 3.1 Peratus Bagi 2022

28/04/2023
0

Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini mengumumkan agihan keuntungan 3.1 peratus selepas zakat bagi tahun kewangan 2022. Ikuti Mynewshub: Telegram Menteri...

Next Post

60,583 Mangsa Terjejas Banjir Di Seluruh Negara - JKM

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd