• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemandu Lawan Arus Di Bulatan Cheras Dipenjara Enam Bulan, Denda RM8,000

oleh Mohd Arshad
17/12/2021
dalam Jenayah, Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara enam bulan serta denda RM8,000 selepas didapati bersalah memandu secara melawan arus di Bulatan Cheras, Kuala Lumpur pada 13 Disember lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisoner Sarifudin Mohd Salleh yang memaklumkan perkara itu berkata, individu berkenaan telah mengaku bersalah dan hukuman dikenakan bermula dari tarikh tangkapan.

“Pemandu kenderaan tersebut telah dituduh pada hari ini, 17 Disember 2021 di Mahkamah Trafik Jalan Duta.

“Siasatan dibuat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan merbahaya,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Selain itu, Sarifudin turut memaklumkan, individu berkenaan tidak dibenarkan memohon lesen memandu untuk tempoh lima tahun.

Polis turut mengeluarkan saman terhadapnya mengikut Seksyen 26(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dalam keadaan tidak mempunyai lesen.

Tangkapan terhadap individu berusia 34 tahun itu dilakukan pada hari sama pada jam 10 malam.

Pada 13 Disember lalu, tular video menyaksikan sebuah kenderaan yang memandu dalam keadaan melawan arus di Bulatan Cheras sehingga mengakibatkan kesesakan lalu lintas.

Video berdurasi 1 minit 27 saat itu tular di media sosial yang mendapat pelbagai reaksi netizen.

Awani-

Tags: bulatan Cheraspemandu lawan arus
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd