• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, April 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemain Perak FC Dapat Tunggakan Gaji Jumaat Ini

oleh Mohd Arshad
28/12/2021
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Impact Media and Communications (IMC) membuktikan komitmen mereka sebagai ‘bos’ baharu Perak FC apabila bakal melunaskan tunggakan gaji selama empat bulan membabitkan nilai lebih RM1 juta kepada pemain mereka.

Pengerusi Eksekutif Perak FC, Khairul Nizam Mahmood menjelaskan pengurusan mencapai persetujuan sementara untuk isu terbabit di mana mereka akan bertanggungjawab ke atas pembayaran gaji yang tertangguh dari Ogos sehingga November lalu.

Khairul Nizam berkata, pembayaran semua tunggakan itu akan dibahagikan kepada dua pembayaran iaitu pada Jumaat ini (31 Disember) bagi pembayaran pertama manakala pembayaran kedua akan dibuat pada 31 Januari, tahun depan.

“Kami memahami situasi semasa pemain dan menyelesaikan isu ini secepat mungkin adalah keutamaan kami. Pemain sangat penting bagi kelab.

“Dalam tempoh mencabar ini, kami mahu memastikan kebajikan pemain dijaga supaya mereka boleh memberikan fokus kepada permainan dan menikmati sukan bola sepak yang mereka sayangi tanpa sebarang kegusaran,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sebelum ini, pemain sudah meminta pasukan untuk melunaskan pembayaran sebelum 25 Disember namun dengan proses urusan peralihan hak milik kelab yang sedang dijalankan, pembayaran pertama hanya akan dilakukan pada 31 Disember.

“Walaupun surat aku janji sudah dikeluarkan kepada kesatuan pemain, kemungkinan besar majoriti pemain akan menandatangani perjanjian terbabit secara perseorangan sebaik sahaja bayaran pertama yang dijadualkan pada 31 Disember dibayar.

“Kami juga akan menghubungi pemain import kami yang sudah meninggalkan Malaysia menerusi wakil mereka atau kesatuan pemain dalam minggu yang berikutnya,” kata Khairul.

Sebagai rekod, IMC sudah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) untuk pengambilalihan hak milik Perak FC, awal bulan ini.

Perpindahan hak milik itu selesai dilakukan pada Jumaat lalu dan IMC memulakan proses transformasi kelab terbabit yang akan bersaing dalam Liga Perdana pada musim depan.

BHonline-

Tags: Perak FCtunggakan gaji
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Segera Lapor JTK Jika Ada Tunggakan Gaji – MTUC

Segera Lapor JTK Jika Ada Tunggakan Gaji – MTUC

29/04/2023
0

KUALA LUMPUR : Pekerja kontrak perkhidmatan kerajaan, terutamanya pekerja pembersihan dan pengawal keselamatan digesa membuat laporan kepada Jabatan Tenaga Kerja...

RM1.6 Juta Tunggakan Gaji Perak FC Sudah Dijelaskan

20/05/2022
0

PROSES pembayaran tunggakan gaji pemain Perak FC telah dimulakan dengan pembiayaan hampir RM1.6 juta di bawah pengurusan baharu. Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd