• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pejabat Labuan Shipyard Musnah Terbakar

oleh Mohd Arshad
26/12/2021
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Labuan : Bangunan pejabat Labuan Shipyard Engineering Sdn Bhd (LSE) berusia empat dekad, musnah dalam kebakaran pada sambutan Krismas hari ini.

Bangunan kayu yang dibina pada 1974 itu menempatkan beberapa jabatan termasuk jabatan kewangan dan pentadbiran serta pejabat ketua pegawai eksekutif (CEO).

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Labuan Ismaidi Ismail memberitahu Bernama, kebakaran dilaporkan bermula kira-kira 7 malam, dengan punca kebakaran masih dalam siasatan.

“Kami menerima panggilan kecemasan kebakaran itu pada 7.33 malam dan anggota kami dengan tiga jentera dari ibu pejabat kami di Balai Bomba dan Penyelemat Rancha-Rancha bergegas ke tempat kejadian dan mendapati pejabat itu sudah terbakar.

“Anggota bomba berjaya memadamkan kebakaran dalam masa kira-kira satu jam 15 minit,” katanya.

Ismaidi berkata, tiada laporan mengenai kecederaan atau kemalangan jiwa dalam kejadian itu.

“Kebakaran itu merosakkan hampir 100 peratus struktur kayu, di mana fail, komputer dan peralatan pejabat musnah,” katanya.

Menurut seorang pekerja yang melihat asap keluar dari pejabat, kejadian itu tidak dijangka kerana tiada kakitangan bekerja di pejabat sebelum kejadian.

“Tiada apa yang boleh kami lakukan kerana kebakaran bermula dari dalam pejabat, dan kebakaran memusnahkan jabatan kewangan dan pejabat CEO,” katanya.

-Harian Metro

Tags: Pejabat Labuan ShipyardTerbakar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hutan Paya Gelam, Pagoh Seluas 54 Hektar Pula Terbakar

Hutan Paya Gelam, Pagoh Seluas 54 Hektar Pula Terbakar

08/02/2026
0

MUAR: Jabatan Bomba dan Penyelamat (JPBM) mengesan satu lagi kebakaran semalam membabitkan kawasan hutan Paya Gelam, Mukim Jorak, Pagoh seluas...

12 Pekerja Melecur, Dandang Kilang Meletup

12 Pekerja Melecur, Dandang Kilang Meletup

26/07/2025
0

Bintulu: Seramai 12 pekerja cedera dengan kesan melecur pada badan dan tangan masing-masing akibat disambar api ketika berusaha memadam kebakaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd