• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Op Sumber Air Berjaya, Henti Tugas Loji Rawatan Air Hanya Dua Kali Tahun Ini

oleh Mohd Arshad
03/12/2021
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM: Op Sumber Air yang berperanan untuk menangani isu pencemaran sungai dianggap berjaya tahun ini kerana sehingga November, hanya dua kali sahaja henti tugas loji rawatan air berlaku.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan dan Alam Sekitar Hee Loy Sian berkata, henti tugas loji rawatan air yang mengakibatkan gangguan bekalan air di Selangor berkurang dengan ketara berbanding tahun lepas iaitu sebanyak 12 kali henti tugas loji rawatan air, sembilan kali (2019) dan tiga kali (2018).

“Ini menunjukkan Op Sumber Air berjaya yang mana tahun ini hanya dua kali. Kita harap tahun depan tiada henti tugas akan berlaku. Ini adalah kejayaan kerajaan Selangor untuk menangani isu pencemaran sungai yang kita pastikan tidak akan berlaku pada masa akan datang,” katanya pada sesi penggulungan Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini.

Hee juga memaklumkan bahawa jumlah penguatkuasaan bagi menangani masalah sungai tercemar telah ditingkatkan hampir dua kali ganda iaitu sejumlah 2,009 pada tahun lepas berbanding 1,441 pada 2019.

Ketika sesi soal jawab, Hee berkata Jabatan Alam Sekitar (JAS) komited dalam memastikan semua industri yang melepaskan efluen supaya sentiasa mematuhi tahap piawai seperti ditetapkan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 serta peraturan-peraturan di bawahnya.

“Selain daripada itu, penguatkuasaan secara bersepadu turut dijalankan bersama seluruh agensi di bawah kerajaan Selangor. Bagi perancangan jangka masa panjang pula, JAS sedang menambah baik perundangan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 bagi memenuhi keperluan dan kehendak semasa,” katanya.

Beliau menjawab soalan Ronnie Liu Tian Khiew (PH-Sungai Pelek) yang menanyakan berhubung pencemaran sungai di Selangor.

Bernama-

Tags: Op Sumber Air
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd