• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Omicron Tingkatkan Risiko Jangkitan Semula – WHO

oleh Mohd Arshad
09/12/2021
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GENEVA : Data awal menunjukkan varian baharu COVID-19, Omicron berkemungkinan lebih mudah menjangkiti semula mereka yang pernah ada virus itu ataupun sudah divaksin, berbanding varian sebelum ini tetapi membawa penyakit lebih ringan.

Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus, berkata ia berdasarkan data diperoleh dari Afrika Selatan.

“Data yang muncul itu menyarankan peningkatan risiko jangkitan semula dengan Omicron.

“Terdapat juga beberapa bukti menunjukkan Omicron menyebabkan penyakit lebih ringan berbanding Delta,” katanya kepada pemberita, semalam.

Bagaimanapun, beliau menegaskan, lebih banyak data diperlukan sebelum kesimpulan kukuh dapat dirumus.

Justeru, katanya, semua negara digesa meningkatkan pengawasan bagi membantu memberi gambaran lebih jelas mengenai cara Omicron bertindak.

Walaupun varian itu didapati menyebabkan penyakit kurang teruk buat masa ini, Tedros memberi amaran supaya tidak bersikap lalai terhadap ancaman virus berkenaan.

“Sebarang perasaan berpuas hati (dengan perkembangan itu) pada masa ini akan mengorbankan nyawa,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Program Kecemasan Kesihatan WHO, Michael Ryan, berkata data setakat ini menunjukkan Omicron mencatat kadar kebolehjangkitan tinggi, malah berkemungkinan lebih tinggi daripada Delta.

“Itu bukan bermakna virus itu tidak boleh dihentikan. Ia lebih mudah merebak, justeru kita perlu menggandakan lagi usaha untuk memutuskan rantaian jangkitannya bagi melindungi diri dan seterusnya melindungi orang lain.

“Meskipun Omicron didapati kurang bahaya berbanding varian sebelum ini, ia tetap boleh menyebabkan lebih ramai orang jatuh sakit dan sistem kesihatan terjejas dengan beban berlebihan jika virus terbabit mampu menular lebih pantas,” katanya.

Dalam pada itu, pakar WHO terus menekankan kepentingan imunisasi dengan menjelaskan biarpun sesetengah data menunjukkan vaksin sedia ada didapati kurang berkesan terhadap Omicron, ia dijangka masih berupaya memberi perlindungan signifikan untuk mengelakkan penyakit teruk.

Ketua Saintis WHO, Soumya Swaminathan, menegur reaksi susulan hasil kajian awal yang membayangkan keberkesanan vaksin Pfizer-BioNTech berkemungkinan menurun terhadap varian baharu itu.

Beliau menjelaskan, kajian dijalankan setakat ini adalah kecil, dan pengurangan ‘aktiviti peneutralan’ antibodi juga jelas berbeza secara dramatik antara kajian yang berlainan.

“Mereka juga hanya melihat kepada peneutralan antibodi, sedangkan kita tahu sistem imun adalah jauh lebih kompleks daripada itu.

“Justeru, saya berpendapat masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan bahawa pengurangan aktiviti peneutralan ini akan menyebabkan penurunan signifikan dalam keberkesanan vaksin. Kita belum tahu akan perkara itu,” katanya.

-Berita Harian

Tags: Covid-19Risiko Jangkitan Semulavarian omicron
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd