• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bahayakan Guru, NUTP Bantah Saringan Covid-19 Di Sekolah

oleh Cj Mnh
03/12/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) membantah pelaksanaaan ujian saringan COVID-19 kepada murid sekolah rendah pada setiap Rabu yang bermula semalam.

Setiausaha Agung NUTP Wang Heng Suan dalam satu kenyataan hari ini berkata kesatuan sebaliknya mencadangkan agar ujian saringan COVID-19 kepada murid itu dijalankan sendiri oleh ibu bapa di rumah.

Beliau berkata ia berikutan pihaknya menerima rungutan daripada para guru yang memaklumkan bahawa tindakan itu amat berbahaya dan mendatangkan risiko tinggi kepada mereka.

“Ini kerana guru tidak diberi sebarang perlindungan seperti peralatan perlindungan diri (PPE), sarung tangan, pelindung muka dan sebagainya, manakala murid pula tidak mampu untuk menjalankan sendiri ujian tersebut,” katanya.

Menjelaskan lebih lanjut Wang berkata sehari sebelum ujian, pihak sekolah boleh memaklumkan kepada ibu bapa murid yang terpilih untuk menjalankan ujian saringan di rumah dan dibekalkan kit ujian kendiri.

Katanya ibu bapa kemudian mengemukakan keputusan ujian dengan memuat naik gambar berkenaan kepada guru kelas masing-masing.

“Jika keputusan adalah negatif, murid boleh hadir ke sekolah pada hari tersebut, tetapi jika sebaliknya murid perlu dikuarantin di rumah,” katanya.

Menurut Wang cara ini dapat mengelakkan berlakunya penularan jangkitan kepada guru dan warga sekolah sehingga sekolah perlu ditutup jika ada murid yang positif COVID-19.

Beliau berkata NUTP amat berharap Kementerian Pendidikan (KPM) dapat mengubah prosedur operasi standard (SOP) demi keselamatan dan kesihatan murid, guru serta warga sekolah lain.

Terdahulu, KPM menerusi kenyataan pada 27 Nov lepas menetapkan pelaksanaan 10 peratus sampel saringan COVID-19 secara mingguan dengan kaedah penggiliran, selaras Strategi Pengujian COVID-19 Kebangsaan yang ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM).

Menurut KPM pelaksanaan saringan bergilir untuk murid itu perlu dilaksanakan setiap Rabu, pada hari persekolahan.

KPM juga membekalkan kit ujian kendiri COVID-19 ke sekolah rendah bagi memastikan ujian saringan ini dapat dilaksanakan mengikut tatacara pelaksanaan ujian kendiri COVID-19 yang terkandung dalam Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah 3.0.

– Bernama

Tags: Covid-19NUTP
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kerajaan Akan Lantik Seorang Lagi Penasihat Khas Kepada PM

Next Post

Dua Kes Import Di Singapura Positif Ujian Awal Varian Omicron

Related Posts

Hampir 1,000 Anak Yatim, Piatu Akibat COVID-19 Dibantu Yayasan Keluarga Malaysia

Hampir 1,000 Anak Yatim, Piatu Akibat COVID-19 Dibantu Yayasan Keluarga Malaysia

08/01/2025
0

PASIR MAS: Hampir 1,000 anak yatim dan yatim piatu yang kematian ibu atau bapa atau kedua-duanya disebabkan pandemik COVID-19, selain...

Mpox Merebak Melalui Kontak Rapat Berpanjangan, Tidak Mudah Menular Seperti COVID-19 – Pakar

Mpox Merebak Melalui Kontak Rapat Berpanjangan, Tidak Mudah Menular Seperti COVID-19 – Pakar

01/09/2024
0

KOTA BHARU: Kanak-kanak, individu berimuniti rendah, penghidap ekzema dan wanita mengandung mudah mendapat jangkitan Mpox atau cacar monyet yang teruk...

Next Post

Dua Kes Import Di Singapura Positif Ujian Awal Varian Omicron

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd