Sunday, May 19, 2024

Creating liberating content

Waytha Isytihar Sokong BN...

Bekas menteri perpaduan, P Waytha Moorthy menyatakan sokongannya kepada BN menjelang pilihan raya...

Tiada PRK DUN Kempas...

JOHOR BAHRU : Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Suhaizan Kaiat, memaklumkan tiada...

Orang Utan Di Perth...

PERTH - Spesies primat bernama Puan yang berusia 60 tahun dan kini menetap...

SPRM Kesan Anggota Polis...

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah sedang mengesan seorang koperal...

New Zealand Hantar Pasukan Pengaman Ke Kepulauan Solomon

AUCKLAND : Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern mengarahkan polis dan tentera menyertai misi pengaman antarabangsa ke Kepulauan Solomon berikutan rusuhan anti-kerajaan.

Menurut Ardern, pihaknya akan mengerahkan seramai 65 anggota pengaman selepas menerima permintaan daripada kerajaan Kepulauan Solomon.

Jelas beliau, pasukan pengaman yang terdiri daripada 15 anggota akan berlepas ke Kepulauan Solomon pada Khamis ini.

“Baki 50 anggota lagi akan menyertai mereka pada hujung minggu,” katanya.


Pemimpin itu berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan polis Solomon dan kira-kira 200 anggota pengaman dari Australia, Fiji dan Papua New Guinea yang sudah berada di lapangan.

Kerajaan Kepulauan Solomon hampir tumbang ketika pergolakan yang mengakibatkan sekurang-kurangnya tiga orang maut dan menyebabkan sebahagian besar kawasan di bandar Honiara musnah.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori