• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MOTAC Akan Terbitkan Edisi Baharu Majalah Berbasikal

oleh Mohd Arshad
09/12/2021
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Tourism Malaysia akan menerbitkan edisi terbaru majalah berbasikal yang pernah diterbitkan sejak tahun 2013, seiring dengan trend aktiviti berbasikal yang semakin menarik minat rakyat.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, edisi baharu buku panduan itu dirancang diterbitkan pada tahun hadapan dan turut meliputi elemen aktiviti berbasikal yang lebih menarik dan mesra alam sekitar.

Menurutnya, beberapa edisi majalah berbasikal “Discover Malaysia by Bicycle” pernah diterbitkan sebelum ini, membekalkan maklumat kira-kira 100 pakej berbasikal di pelbagai destinasi dalam Malaysia.

“Antara pakej berbasikal lain yang dirancang untuk dibangunkan adalah pakej berbasikal di Sematan dan Lundu di Sarawak, kawasan agro-pelancongan Sekinchan, Selangor dan juga meneroka potensi di sepanjang pesisir pantai di negeri Terengganu.

“Aktiviti yang dirancang ini juga akan turut melibatkan pelancongan berasaskan komuniti bagi membuka peluang yang lebih luas kepada lebih banyak pihak dalam rantaian pelancongan ini.

“Selain untuk memastikan pembangunan produk pelancongan yang mampan, berdaya saing dan inklusif seperti yang dinyatakan dalam Dasar Pelancongan Negara, usaha ini juga adalah selaras dengan salah satu strategi yang digariskan dalam Dasar Ekopelancongan Kebangsaan 2016-2025,” katanya.

Beliau berkata demikian di Dewan Rakyat pada Khamis bagi menjawab soalan Datuk Seri Rohani Abdul Karim (GPS – Batang Lupar) yang bertanya integrasi minta orang ramai terhadap rekreasi namun dalam masa sama menjaga alam sekitar.

Tambah Nancy, mengintegrasikan pelan pengurusan pelancongan dan pelan pengurusan hutan simpan menjadi antara ramuan utama dalam menyediakan garis panduan dan amalan terbaik untuk pembangunan penginapan eko-pelancongan di dalam kawasan hutan simpan atau taman negara.

“Program promosi akan terus giat dilaksanakan secara berterusan bagi menarik minat pelancong untuk menikmati khazanah alam sekitar melalui aktiviti sukan dan rekreasi, pendakian serta aktiviti berbasikal.

“Pada masa yang sama, memupuk kesedaran masyarakat kepada kepentingan penjagaan dan pemeliharaan alam sekitar,” ujarnya.

Awani-

Tags: Dewan RakyatMOTAC
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

MOTAC Rancang Anjur China GT Championship Di Malaysia Tarik Pelancong

MOTAC Rancang Anjur China GT Championship Di Malaysia Tarik Pelancong

28/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) merancang untuk menganjurkan China GT Championship di Malaysia bagi merancakkan sektor...

Jawatankuasa Parlimen Mahu Teliti Dokumen Perjanjian Pemindahan Gajah DAK Ke Jepun

Jawatankuasa Parlimen Mahu Teliti Dokumen Perjanjian Pemindahan Gajah DAK Ke Jepun

14/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Pilihan Alam Sekitar, Sains dan Perladangan Dewan Rakyat memaklumkan pihaknya masih memerlukan beberapa maklumat tambahan yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd