• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lima Helikopter Diatur Gerak Bantu Mangsa Banjir

oleh Mohd Arshad
19/12/2021
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) bersedia menggerakkan lima helikopter bagi melaksanakan operasi membantu mangsa di beberapa negeri yang terjejas akibat banjir.

Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM, Datuk Nor Hisham Mohammad, berkata seramai 40 anggota dan pegawai dikerahkan untuk melaksanakan operasi membantu mangsa banjir menggunakan helikopter bermula awal lagi ini.

Beliau berkata, dua lokasi tumpuan pasukan itu setakat ini adalah di Hulu Langat, Selangor dan Bentong, Pahang.

“Setakat ini kita memberi tumpuan kepada dua kawasan berkenaan kerana arus sungai yang deras dan ada mangsa terperangkap, tetapi mereka dilaporkan selamat kerana berada di kawasan tinggi bersama tujuh hingga lapan anggota bomba yang turut sama terkandas,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Nor Hisham berkata, keadaan cuaca hujan dan angin kuat turut diambil kira sebelum aset helikopter diatur gerak bagi melaksanakan operasi membantu mangsa banjir.

Beliau berkata, anggota diarahkan untuk mengenal pasti lokasi dan keadaan cuaca cerah sebelum melaksanakan operasi itu, bagi mengelakkan sebarang risiko yang tidak diingini berlaku terutamanya apabila keadaan hujan.

Beliau berkata, dalam tempoh 24 jam, pihaknya menerima 1,800 panggilan kecemasan di seluruh negara, dengan 1,600 adalah dari kawasan Selangor yang terjejas akibat banjir.

“Cabaran utama kita adalah untuk memberi respon cepat dan halangan utama adalah bagaimana untuk masuk ke kawasan terjejas dengan jalan yang ditutup, serta ada kereta yang terperangkap di atas jalan.

“Kita mohon mangsa untuk bersabar dan kita akan cuba masuk untuk membantu,” katanya.

Lembah Klang dilanda banjir menyebabkan lebih 3,600 penduduk dipindahkan ke pusat pemindahan sementara setakat malam tadi, serta sejumlah pengguna jalan raya terkandas akibat laluan dan lebuh raya ditutup setelah dinaiki air.

-Berita Harian

Tags: bantu mangsa banjirhelikopter
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Rakyat Malaysia Maut Nahas Helikopter Di Kalimantan Barat, Identiti Disahkan

Rakyat Malaysia Maut Nahas Helikopter Di Kalimantan Barat, Identiti Disahkan

17/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Seorang rakyat Malaysia disahkan antara lapan mangsa yang maut dalam nahas helikopter di Kalimantan Barat, Indonesia, semalam....

Rakyat Malaysia Maut Dalam Nahas Helikopter Di Filipina

Rakyat Malaysia Maut Dalam Nahas Helikopter Di Filipina

03/03/2026
0

MANILA – Seorang rakyat Malaysia dilaporkan maut selepas sebuah helikopter yang dinaiki terhempas di kawasan lapang di Pililla, wilayah Rizal, kira-kira...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd