• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lengan Kiri Hancur Digilis Mesin Hampas Sawit

oleh Mohd Arshad
20/12/2021
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BINTULU: Lengan kiri seorang pekerja lelaki di sebuah kilang sawit di Jalan Tanjung Kidurong, hancur selepas dijerut mesin pemprosesan hampas sawit, hari ini.

Ketika kejadian, mangsa yang dikenali sebagai Asur, 30, berasal dari Garut Jawa Barat, sedang mengendalikan mesin itu sebelum tangan kirinya terperosok masuk ke dalam mesin.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu berkata, sepasukan anggota bomba dikerahkan ke lokasi sejurus menerima panggilan pada jam 10.25 pagi.

Katanya, setiba di lokasi, pasukan bomba mendapati mangsa dalam keadaan meniarap sedang mengerang kesakitan dengan bahagian tangan kirinya masih terjerut dalam mesin.

“Untuk tindakan awal, pasukan bomba bertindak meregangkan komponen mesin sebelum menarik dan mengeluarkan tangan mangsa dengan menggunakan peralatan khas.

“Selepas 15 minit berusaha mengeluarkan tangan kiri mangsa yang tersepit, akhirnya tangan mangsa berjaya dikeluarkan,” katanya.

Jurucakap itu berkata, sebaik berjaya dikeluarkan, petugas Kementerian Kesihatan (KKM) yang berada di lokasi segera memberikan rawatan awal.

“Belum dapat dipastikan punca insiden tetapi hasil maklumat awal, mangsa dilaporkan sedang bekerja mengendalikan mesin berkenaan,” katanya.

Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Bintulu untuk rawatan lanjut.

BHonline-

Tags: digilislengan kirimesin hampas sawit
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Peserta RXZ Members Digilis Lori

Peserta RXZ Members Digilis Lori

22/08/2025
0

PEKAN - Perjalanan seorang pekerja ladang dipercayai ke Kuala Terengganu untuk menyertai program RXZ Members 7.0 berakhir tragedi apabila lelaki itu...

Tiada Unsur Jenayah Libatkan Warga Taiwan Maut Digilis LRT – Polis

Tiada Unsur Jenayah Libatkan Warga Taiwan Maut Digilis LRT – Polis

06/06/2025
0

SHAH ALAM - Tiada sebarang unsur jenayah dikesan dalam insiden membabitkan seorang lelaki warga Taiwan yang maut digilis tren Transit...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd