• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ladang Durian Haram Dalam Hutan Simpan Teras Dimusnahkan

oleh Mohd Arshad
06/12/2021
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

RAUB: Pejabat Hutan Daerah (PHD) Raub bertindak memusnahkan lebih 600 pokok durian klon jenis Musang King yang ditanam secara haram dalam Hutan Simpan Teras, di sini hari ini.

Operasi Teras dilakukan terhadap di kawasan ceroboh seluas empat hektar yang diteroka secara haram oleh pihak tidak bertanggungjawab dipercayai sejak lebih dua tahun lalu.

Pegawai Hutan Daerah Raub, Shahril Mohamad, berkata operasi selama lima jam bermula 9 pagi itu disertai 25 kakitangan dengan pengawasan anggota Balai Polis Teras.

Beliau berkata, pihaknya berjaya mengesan kawasan berkenaan selepas melakukan rondaan serta semakan menggunakan Sistem e-Geoformatik Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) pada 26 November lalu.

Katanya, hasil siasatan mendapati kegiatan penerokaan kawasan berkenaan dilakukan seorang lelaki yang menggunakan beberapa pekerja warga asing,

“Pokok durian Musang King berusia satu hingga dua tahun, dimusnahkan dengan cara menebang menggunakan parang dan mesin gergaji berantai, kawasan bukit dan laluan curam antara cabaran yang terpaksa dihadapi.

“Nilai 600 pokok Musang King yang dimusnahkan dianggarkan lebih RM30,000,” katanya selepas turut sama menyertai operasi berkenaan.

Shahril berkata, sepanjang tahun ini PHD Raub telah melakukan lima operasi membenteras penerokaan hutan simpan secara haram membabitkan kawasan seluas kira-kira 142.7 hektar.

Beliau berkata, Operasi Pamah Hutan Simpan Batu Talam pada Julai lalu merupakan kemuncak terhadap ketegasan kerajaan negeri, Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) dan PHD Raub apabila memusnahkan 15,000 pokok durian Musang King membabitkan kawasan seluas 101 hektar yang turut diwartakan sebagai kawasan tadahan air.

Katanya, kawasan lain yang turut terbabit operasi musnah tahun ini ialah Hutan Simpan Sempam, Hutan Simpan Kelau, Hutan Simpan Tersang dan Hutan Simpan Teras.

“Operasi Teras hari ini adalah yang ke enam dilakukan tahun ini, tindakan sama akan dilakukan secara berterusan tahun depan dalam memastikan kegiatan menceroboh hutan simpan secara haram tidak terus berulang.

“Kita akan mengadakan program menanam pokok balak di kawasan terbabit bermula esok, sebanyak 1,500 pokok pelbagai akan di tanam yang mengambil mass beberapa hari,” katanya.

BHonline-

Tags: hutan simpan terasladang durian haram
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd