• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 27, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Positif Meningkat Kepada 137

oleh Mohd Arshad
09/12/2021
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

AYER KEROH: Kes positif COVID-19 membabitkan dua madrasah di negeri ini sehingga tercetusnya Kluster Pulau Gadong, kini merekodkan peningkatan.

Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, angka terkini menunjukkan seramai 137 guru dan pelajar disahkan positif, berbanding hanya 41 individu sebelum ini.

Katanya, peningkatan itu dicatatkan selepas keputusan ujian saringan RT-PCR yang dilakukan ke atas semua 224 pelajar dan guru diterima Jabatan Kesihatan Negeri (JKN).

Beliau berkata, pada awalnya seramai 185 pelajar dan guru disaring susulan kes indeks pertama dikesan, melibatkan seorang tenaga pengajar yang juga salah seorang jentera parti pada kempen pilihan raya negeri (PRN) Melaka baru-baru ini.

Jumlah saringan itu kemudian meningkat kepada 224 individu melibatkan dua madrasah, masing-masing di Pulau Gadong dan Bukit Katil, sebelum keseluruhan 187 disahkan positif manakala baki 87 lagi disahkan negatif.

“Jumlah yang disaring termasuk pelajar dan guru adalah seramai 224 orang. Daripada 224 orang itu, 137 positif manakala 87 negatif.

“Tetapi, 87 orang ini telah dikuarantin sejak daripada 25 Nov.

“Kalau diikutkan, kalau ada peningkatan kes yang baru, memandangkan mereka ini semua dalam hostel yang sama, jadi ia tidak akan tersebar dalam komuniti.

“Maka, kita jangka tidak akan ada kes yang baru. Mereka ini akan dibenarkan habis kuarantin pada 14 Dis.

“Jika ada kes baru, maka akan ditetapkan semula tambahan 10 hari bermula dari tarikh kes baru itu,” katanya ketika ditemui di Wisma Persekutuan di sini hari ini.

Katanya, beliau sendiri telah melawat sekolah-sekolah tersebut dan mendapati mereka yang terbabit dalam keadaan sihat dan ada di antaranya yang telah dibenarkan pulang dari Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh.

Mengulas lanjut, Muhamad Akmal berkata, kesemua 187 kes indeks positif itu direkodkan dalam tempoh 25 Nov sehingga semalam.

Sebelum ini Astro AWANI melaporkan satu kluster membabitkan dua madrasah tercetus susulan pelaksanaan PRN Melaka, November lalu.

Kes dikesan apabila seorang tenaga pengajar yang bertugas di kedua-dua madrasah berkenaan, yang juga salah seorang jentera parti PRN Melaka, disahkan positif COVID-19.

Dalam pada itu, Muhammad Akmal berkata, sepanjang tempoh dua minggu selepas PRN Melaka 20 Nov lalu, tiada mana-mana kes positif yang dikesan membabitkan jentera pilihan raya.

Jelasnya, beliau yakin JKN mampu mengawal penularan kes jangkitan COVID-19 di negeri ini ketika ini.

Awani-

Tags: Covid-19Pulau Gadong
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Aduan Urus Niaga Dalam Talian Paling Tinggi

Next Post

China Beri Kelulusan Kecemasan Rawatan Khusus COVID-19

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

Next Post

China Beri Kelulusan Kecemasan Rawatan Khusus COVID-19

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd