• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, December 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes COVID-19 UK Melepasi 12 Juta

oleh Mohd Arshad
28/12/2021
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LONDON: Britain melaporkan 98,515 lagi kes coronavirus dalam tempoh 24 jam terkini, menjadikan jumlah keseluruhan kes COVID-19 di negara itu kepada 12,209,991, menurut angka rasmi yang dikeluarkan semalam, lapor Xinhua.

Negara itu juga melaporkan 143 lagi kematian berkaitan coronavirus. Jumlah kematian berkaitan coronavirus di Britain kini berjumlah 148,003, dengan 8,240 pesakit COVID-19 masih di hospital.

Menurut angka itu, England mempunyai jumlah kes harian COVID-19 tertinggi pada Hari Krismas.

Sebanyak 113,628 kes direkodkan pada 25 Disember, dua hari selepas mencecah rekod sebelumnya iaitu 107,055 kes.

Angka tidak tersedia dari Scotland, Wales dan Ireland Utara kerana tempoh cuti.

Seperti yang telah dinyatakan oleh pakar, data sekitar Krismas mungkin tidak memberikan gambaran sebenar mengenai situasi itu, apatah lagi kerana orang mungkin kurang mendapat ujian COVID-19.

“Data akan menjadi tidak boleh dipercayai sepanjang tempoh perayaan kerana ujian dan corak kemasukan hospital berubah. Ini akan menyukarkan untuk mentafsir sebarang trend yang jelas dalam beberapa hari akan datang,” dokumen yang dikeluarkan pada Khamis oleh Kumpulan Penasihat Saintifik untuk Kecemasan (SAGE) memberi amaran.

Sementara itu, Setiausaha Kesihatan Britain, Sajid Javid mengesahkan bahawa kerajaan tidak akan mengenakan sebarang sekatan coronavirus baharu menjelang akhir tahun ini.

Bercakap kepada penyiar, Javid berkata menteri melihat data “setiap hari” tetapi ini tidak berubah sepanjang tempoh Krismas.

Beliau menggesa orang ramai untuk “kekal berhati-hati” menjelang sambutan Tahun Baru.

Lebih 89 peratus orang berumur 12 tahun ke atas di Britain telah mendapat dos pertama vaksin dan sekitar 82 peratus telah menerima kedua-dua dos, menurut angka terkini.

Lebih 56 peratus telah menerima suntikan penggalak, atau dos ketiga vaksin coronavirus.

Untuk memulihkan kehidupan normal, negara seperti Britain, China, Jerman, Russia dan Amerika Syarikat (AS) telah berlumba dengan masa untuk melancarkan vaksin coronavirus.

Bernama-

Tags: Covid-19kes COVID-19United Kingdom
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Harta Tun Daim Di UK Dibekukan – Azam Baki

Harta Tun Daim Di UK Dibekukan – Azam Baki

25/06/2025
0

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah melaksanakan arahan pembekuan ke atas aset milik Allahyarham Tun Daim Zainuddin di...

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd