• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Rancang Buka Pejabat Penasihat Pertahanan Baharu Di Mesir

oleh Mohd Arshad
13/12/2021
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Kerajaan merancang mewujudkan Pejabat Penasihat Pertahanan baharu di Mesir bagi mendokong Kertas Putih Pertahanan yang menitik berat usaha ke arah diplomasi pertahanan, sama ada di peringkat bilateral dan multilateral.

Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ikhmal Hisham Abdul Aziz berkata, kerajaan turut mengkaji keperluan menggunakan Penasihat Pertahanan Malaysia sedia ada di Malawakil (Pejabat Perwakilan Malaysia di luar negara) berhampiran seperti di Malawakil Riyadh, Arab Saudi atau Malawakil Ankara, Turki untuk diakreditasi ke Mesir bagi membantu sebarang urusan berkaitan hubungan pertahanan antara Malaysia dan Mesir.

Beliau berkata, ia berpotensi untuk memperluaskan hubungan kerjasama dalam pelbagai bidang pertahanan seperti latihan ketenteraan, pendidikan ketenteraan dan industri pertahanan.

“Penasihat Pertahanan merupakan pengantara dari segi pertahanan dan keselamatan negara selain merupakan wakil kepada Menteri Pertahanan dan Panglima Angkatan Tentera dalam acara rasmi yang melibatkan pertahanan,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (BN-Baling) yang ingin tahu sekiranya kerajaan bercadang mewujudkan semula atase tentera di Mesir serta bila ia akan dilaksanakan bagi membantu memudahkan kemasukan badan bukan kerajaan (NGO) Malaysia ke Gaza untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan.

Menjawab soalan tambahan Ma’mun Sulaiman (Warisan-Kalabakan) mengenai penubuhan pejabat Penasihat Ketenteraan yang baharu di seluruh dunia, beliau berkata, kerajaan ketika ini belum merancang untuk membuka Pejabat Penasihat Pertahanan yang baharu kecuali di Kaherah, Mesir.

Bagaimanapun, beliau berkata, Kementerian Pertahanan sedang dalam proses untuk melaksanakan rancangan akreditasi bagi beberapa Penasihat Pertahanan ke beberapa buah negara.

Antaranya Penasihat Pertahanan di Malawakil Ankara ke Qatar; Malawakil Moscow ke Belarus; Malawakil Paris ke Belanda; Malawakil Riyadh ke Jordan dan Oman; Malawakil Washington ke Kanada dan Malawakil Yangon ke Bangladesh.

“Pada masa kini, terdapat dua buah negara yang telah memberi kelulusan untuk akreditasi Penasihat Pertahanan Malaysia ke negara mereka iaitu akreditasi Penasihat Pertahanan di Yangon, Myanmar ke Bangladesh dan juga akreditasi Penasihat Pertahanan di Washington, Amerika Syarikat ke Kanada,” katanya.

Bernama-

Tags: Mesirpejabat penasihat pertahanan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bangunan Penginapan Pelajar Johor Di Mesir Dipecah Masuk

Bangunan Penginapan Pelajar Johor Di Mesir Dipecah Masuk

28/09/2025
0

Johor Bahru: Bangunan penginapan sementara pelajar Johor di Nasr City, Kaherah, Mesir dilapor dipecah masuk ketika pelajar sedang tidur, awal...

Runtuhan Kota Purba 2,000 Tahun Ditemui Di Mesir

Runtuhan Kota Purba 2,000 Tahun Ditemui Di Mesir

27/08/2025
0

ISKANDARIAH: Pihak berkuasa Mesir pada Khamis lalu mengumumkan penemuan bahagian kota purba yang tenggelam di perairan Iskandariah, termasuk serpihan bangunan,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd