Friday, July 19, 2024

Creating liberating content

Jokowi Guna Wang Sendiri...

JAKARTA - Presiden Joko Widodo atau Jokowi menggunakan wang sendiri untuk membawa keluarganya...

Jom Layan… Gambar Anzalna...

MASUK penghujung tahun, ramai juga yang mengambil cuti untuk merehatkan sebentar minda mereka...

MITI Akan Bincang FTA...

KUALA LUMPUR - Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Darell Leiking akan berbincang untuk...

16 Kawasan ‘Panas’ Sering...

KOTA BHARU - Polis Kelantan mengenalpasti 16 kawasan 'panas' di seluruh negeri ini...

Kerajaan Cadang Premis Bantu Mangsa Banjir Beli Peralatan Elektrik

PUTRAJAYA : Kementerian Tenaga dan Sumber Asli bercadang menambah jumlah premis perniagaan yang menawarkan pembelian peralatan elektrik untuk mangsa banjir menerusi program penjimatan elektrik ‘Sustainability Achieved via EnergyEfficiency’ (SAVE).

Menterinya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, berkata ketika ini terdapat 1,400 premis sedia ada yang tersenarai dan jumlahnya akan ditambah bagi memudahkan mangsa banjir membuat pembelian.

Katanya, setiap ketua isi rumah yang layak boleh memohon dan mendapatkan baucar bernilai RM500 ketika membuat pembelian menerusi SAVE seliaan Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA).

“Perincian berkenaan inisiatif penambahan premis pembelian ini akan diumum pada 7 Januari ini dan pada tarikh sama, individu yang layak boleh mengadakan pembelian dan rebat diberikan secara terus,” katanya pada sidang media selepas mengumumkan pelaksanaan Pelan Hala Tuju Tenaga Boleh Baharu Malaysia (MyRER) di sini, hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kelmarin mengumumkan kerajaan bersetuju memberikan baucar pembelian peralatan elektrik untuk mangsa banjir.

Beliau dilaporkan berkata, setiap ketua isi rumah yang layak boleh memohon dan mendapatkan baucar bernilai RM500 ketika membuat pembelian.


Katanya, inisiatif itu diberikan kerana kerajaan menyedari musibah banjir turut menyebabkan kerosakan banyak peralatan elektrik di rumah.

Takiyuddin berkata, individu yang layak boleh membuat pembelian sama ada secara fizikal di kedai dan pasar raya berdaftar atau di platform e-dagang yang diiktiraf seperti Shopee, Lazada serta PGMall.

Katanya, setakat ini data sedia ada sebanyak 80,000 isi rumah yang layak dan jumlahnya akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

“Pengesahan pembelian akan dikeluarkan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) bagi memudahkan setiap individu yang layak ketika membuat pembelian,” katanya.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori