• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, February 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kenderaan Tertimbus Dalam Insiden Tanah Runtuh Jalan Simpang Pulai

oleh Mohd Arshad
03/12/2021
dalam Hangat, Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH : Satu kejadian tanah runtuh dilaporkan berlaku di Seksyen 27 hingga Seksyen 30, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands di sini petang tadi.

Media difahamkan, dua kenderaan tertimbus akibat daripada bencana alam itu.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, maklumat kejadian itu diterima pada pukul 1.44 petang.

Beliau berkata difahamkan terdapat sebuah lori dan sebuah kereta tertimbus dan sepasukan anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Simpang Pulai dikerahkan bagi kerja-kerja menyelamat.

“Setakat ini seorang pemandu lori memberi respons daripada runtuhan berkenaan dan pihak bomba sedang menjalankan kerja mengalihkan tanah runtuh dan menyelamat semua mangsa terlibat,” katanya.

Walau bagaimanapun, katanya jumlah sebenar kenderaan dan bilangan mangsa terlibat masih belum disahkan.

Kejadian itu menyebabkan laluan di kedua-dua arah ditutup kepada semua aliran kenderaan.

JALAN SIMPANG PULAI-BLUE VALEEY DITUTUP

Sementara itu, laluan FT 185 Jalan Simpang Pulai-Blue Valley tersebut ditutup kepada semua jenis insiden itu.

Memetik laporan Sinar Harian, Exco Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam negeri, Datuk Mohd Zolkafly Harun berkata, laluan tersebut tidak selamat untuk dilalui dan masih dikawal ketat oleh pihak konsesi.

“Kawasan terlibat dalam kejadian runtuhan tanah di Kilometer 27.10 itu adalah sepanjang 100 meter.

“Kejadian dipercayai ekoran hujan berterusan yang menyebabkan hakisan tanah,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Menurutnya, pemantauan dari semasa ke semasa sedang dijalankan Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kinta dan pihak konsesi jalan Persekutuan.

-Astro Awani

Tags: simpang pulaitanah runtuh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Rakyat Malaysia Terjejas Akibat Tanah Runtuh Di Bandung Barat – Wisma Putra

Tiada Rakyat Malaysia Terjejas Akibat Tanah Runtuh Di Bandung Barat – Wisma Putra

25/01/2026
0

PUTRAJAYA: Kementerian Luar mengesahkan tiada rakyat Malaysia dilaporkan terjejas dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Pasir Kuning, Desa Pasirlangu, Daerah...

KKR Ambil Tindakan Pengguna Jalan Ceroboh Laluan Ditutup Akibat Tanah Runtuh

KKR Ambil Tindakan Pengguna Jalan Ceroboh Laluan Ditutup Akibat Tanah Runtuh

06/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Berikutan beberapa insiden pengguna jalan raya ingkar arahan penutupan laluan yang mencetuskan insiden tidak diingini seperti terjatuh ke dalam gaung...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd