• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kabinet Patut Arah Lembaga Penasihat SPRM Siasat Azam

oleh Mohd Arshad
29/12/2021
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Seorang ahli Parlimen PKR menggesa supaya kabinet campur tangan selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diselar kerana tidak bertindak terhadap dakwaan pemilikan hampir dua juta saham oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki dalam sebuah syarikat.

Ahli Parlimen Sungai Buloh R Sivarasa menggesa kabinet mengarahkan Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR), salah satu daripada lima badan pengawasan di bawah SPRM, menjalankan siasatan berhubung dakwaan serius yang menyelubungi pegawai kanan SPRM itu.

“Kabinet perlu campur tangan untuk menyelamatkan reputasi SPRM,” katanya kepada Malaysiakini.

Tegasnya, rombakan terhadap badan pencegahan rasuah itu perlu dilakukan.

Pada 27 Dis, Edmund Terence Gomez bertindak meletak jawatan sebagai ahli Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah SPRM selepas gagal membincangkan laporan yang membabitkan Azam.

Gomez juga menulis surat kepada Pengerusi LPPR SPRM Abu Zahar Nika Ujang sebanyak tiga kali, mencadangkan agar beliau menghadiri lembaga penasihat untuk membentangkan laporan.

Ditubuhkan di bawah Seksyen 13 Akta SPRM 2009, LPPR adalah panel yang bertanggungjawab untuk menasihati suruhanjaya itu dari segi dasar dan operasi.

Sivarasa berkata insiden itu telah menunjukkan bahawa pencegahan rasuah bukan hanya mengenai penubuhan yang dipanggil badan pengawasan di bawah undang-undang dan sekadar berkata “kami telah menjalankan tugas kami dan badan-badan ini akan memastikan integriti SPRM adalah utuh”.

“Apa yang asas ialah sama ada individu dalam badan pengawasan itu mempunyai integriti untuk melakukan tugas mereka.

“Dalam kes ini, terdapat kegagalan institusi yang besar. Ketua SPRM berdepan dakwaan serius yang membayangkan tingkah laku rasuah dan badan penyelia gagal bertindak.

“Mesej yang salah dihantar oleh SPRM sendiri – bahawa tingkah laku rasuah boleh diterima,” tambah Sivarasa.

Ahli parlimen itu menggesa Dewan Rakyat supaya memainkan peranannya dalam isu ini melalui jawatankuasa pemiihan parlimen.

“Jawatankuasa pemilihan berkaitan boleh memanggil pegawai SPRM termasuk ahli panel pengawasan untuk bertanya mengapa mereka tidak bertindak seperti yang disarankan oleh Gomez,” katanya.

Sivarasa, yang juga sebahagian daripada Jawatankuasa Peraturan Tetap Dewan Rakyat, berkata Ahli Parlimen pembangkang telah meminta Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) untuk meneliti perkara itu.

“Kami akan mempertimbangkan untuk merujuk perkara ini kepada jawatankuasa pemilihan yang mempunyai pengawasan terhadap institusi,” katanya.

Dia meminta pihak polis supaya membuka kertas siasatan berhubung dakwaan itu.

Malaysiakini telah menghubungi Azam untuk meminta komennya mengenai tuduhan terhadap dirinya.

-Malaysia Kini

Tags: SPRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Azam Baki Seru Anggota SPRM  Terus Junjung Integriti, Jangan Goyah Dengan Kritikan Dan Fitnah

Azam Baki Seru Anggota SPRM Terus Junjung Integriti, Jangan Goyah Dengan Kritikan Dan Fitnah

24/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mengingatkan warga SPRM mesti terus menjunjung...

Exco Terengganu Ditahan SPRM, Arah GLC Ambil Dua Anak Bekerja

Exco Terengganu Ditahan SPRM, Arah GLC Ambil Dua Anak Bekerja

22/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Seorang Exco kerajaan Terengganu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terlibat dalam salah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd